Saturday 30 June 2012

Apa yang wajib di pelajari dari TURKEY DAN ARAB SPRINGS

بسم الله الرحمن الرحيم ..Ramai dari kita yang bergembira bila calon ikhwan mohd morsi menang dalam pilihan raya presiden.Bermula dari hari ini kita akan melihat bagaimana percaturan politik golongan islam dan demokrasi bersatu mengatur permainan.Ianya seperti mana yang berlaku pada peringkat pertama kemenangan parti REFAH pimpinan tokoh besar islam almarhum najmudin erbakan.ERBAKAN terpaksa akur dan kalah dengan percaturan tentera yang bersekongkol dengan puak sekular totok bagi menjatuhkan kerajaan pimpinannya.Bagi saya suasana nya serupa dengan apa yang berlaku di mesir sekarang ini.Apakah Morsi mampu bertahan dan dapat menjinakkan tentera pada peringkat ini?PAS kena belajar dan tahu selok belok permainan ini sedalam2nya .
          Fasa seterusnya selepas erbakan diteruskan oleh pemimpin yang sangat berbakat Taib Erdogan.Rentak permainan ditukar...ERBAKAN ditinggalkan.Erdogan meneruskan kemaraan dengan menukar cara permainan.Erdogan mebiarkan saja regim tentera terus dengan hegemony mereka,beliau tumpu kepada agenda TURKEY MENYERTAI KESATUAN EROPAH..bermulanya penukaran tektik ini sehingalah sekarang tentera berjaya dijinakkan dan diarah kembali ke berek2.mana 2 jeneral yang samseng suatu masa dulu ditangkap dan dikurung..syabas erdogan.Sekali lagi PAS kena belajar sedalam2nya..
          Pakatan rakyat sebenarnya telah pun berada pada saf dan landasan yang betul dan kukuh.berhimpun tiga kekuatan utama iaitu para islamis,demokrat,sosialis yang diwakili oelh PAS,PKR dan DAP...melayu cina india dan lain2.Kalau kesatuan kepelbagaian ini utuh UMNO BN pasti tumbang.

Tuesday 26 June 2012

BEZA ISLAMIST PRESIDEN DAN PRESIDEN ISLAM

Setelah kita dapat menyaksikan beberapa perubahan dalam kepimpinan dibeberapa buah negara di Timor tengah maka kita boleh dapat bezakan siapa islamist presiden dan dan siapa presiden islam
      Dirantau Asia tenggara kita masih lagi belum dianugerahi islamist presiden ,Susilo Bambang hanya lah seorang presiden beragama islam begitu juga Najib Razak,Terdapat perbezaan yang sangat jauh antara dua entiti ini,berbeza dari segi roh,kefahaman,falsafah,amalan,pemikiran dan berbagai lagi.Ini amat difahami oleh mereka yang membuat polisi di Amerika dan eropah...lantas selalu kita dapat saksikan sikap yang sangat prejudis oleh mereka ini terhadap golongan islamis.Mereka tau golongan ini sangat berprinsip dan berdisiplin dan sukar bagi mereka untuk mengawal(menyucuk hidung) seperti mana yang pernah mereka lakukan terhadap pimpinan yang bukan dari kalangan islamis.
       Namun Amerika dan eropah bukan lah super power yang boleh mengatur segalanya.Turki,Tunisia, Mesir merupakan negara yang berpengaruh yang boleh menjadi agen perubahan terhadap dunia islam....Apakah Anwar Ibrahim seorang Islamis,? Menyorot latar belakang beliau yang pernah menjadi presiden ABIM dan berguru dengan para islamis maka saya golongkan beliau juga seorang islamis..sekian