Saturday 28 July 2012

PAS NAK KELUAR PAKATAN ????

بسم الله الرحمن الرحيم ..Di bulan yang mulia begini mendengar berita yang menyeramkan tubuh amat amat lah menyedihkan.Sumber berita yang belum boleh di sahihkan menyebut bahawa  seorang AJK pas pusat dari trengganu dalam perbualan telipon dengan seorang top blogger anti anwar berkata"Some of our leaders are considering a move to pull the party out of Pakatan Rakyat if DAP and PKR do not approve its plan to introduce hudud law should PR wins the next general election. On my part, I think PAS should opt out."
      Disaat saat Pakatan rakyat sedang mendapat momentum untuk untuk mengalahkan hegemoni umno.. tup tup benda macam ni kalau terjadi amatlah malang sekali.....nauzubillah...ini bukan lagi politik islam..ini politik kebodohan namanya.Aku berdoa semuga dijauhi Allah dan aku mengaggap mereka ini adalah agen umno.Orang ini juga berkata bahawa PAS mampu menang sendirian tanpa pakatan...ya ya inilah sikap yang menyebabkan trengganu kalah ...namun puak ini tetap tidak pernah sedar diri......

Sunday 22 July 2012

TERKENANG PUASA DULU DULU

بسم الله الرحمن الرحيم ..Selamat menyambut ramadan kareem pada pembaca sekelian.Semuga keberkatan nya kali ini menambah taqwa kita insyallah.Suasana menyambut puasa zaman sekarang banyak perbezaan dari dulu2,Anak2 kita mungkin terlepas nostalgia yang manis2 yang akan aku ceritakan. 
    Dulu dulu saat menjelang puasa  dah dapat dirasai seawal bulan rejab lagi.Ayah pergi kehutan bersama kawan2 mencari kayu api,.mengumpul kayu api cukup untuk bekalan  sebulan puasa,sementara emak pula siap menumbuk tepung pulut dan jawi serta mengasin kan telor itek,membuat perkasam ikan,menjeruk petai,al maklum pada masa tersebut tiada peti sejuk  untuk menyimpan makanan.Kerja2 ini dibuat bersama2 jiran.Bayangkan keakraban mereka ,pangilan mereka mengikut pangkat,yang tua di panggil abang dan kak sementara yang muda membahasakan diri mereka adik.
      Saat menunggu pengistiharan puasa oleh radio malaya ditunggu2.Namun berita tersebut akan tersebar di surau ketika mana semua orang datang untuk bersolat jamaah.Jika  diistihar puasa maka langsung diteruskan dengan solat tarawih.Dulu2 solat terawih, orang tak tahu kata bab rokaat tarawih ni khilaf,mereka cuma tahu 20 rokaat.Bacan 30 juzuk sepanjang tarawih ramazan jarang2 dibuat mungkin waktu dulu2 kurang para hafiz alquran untuk jadi imam.
      Waktu bangun sahur banyak bergantung pada gendang sahur yang dipalu untuk mengejutkan para suri rumah.Tiada jam loceng atau jam tangan kerana masyarakat ketika itu ramai yang tak mampu untuk memilikinya.Cuaca sejuk sangat mengulitkan tidur mereka.Sejuknya pada tahap beku minyak kelapa.kalau tuan2 nak rasa tuan2 boleh pergi kegenting highland dan rasa suhu di situ pada waktu subuh.Di seluruh negara suhu macam tu dulu2........bersambung 
    

Sunday 15 July 2012

MASIH ADA SEGELINTIR ORANG PAS YANG MENYOKONG REGIM BASYAR AL ASAD

بسم الله الرحمن الرحيم ..Minggu lepas sempat aku berbual dengan seorang kawan yang memang pro regim laknat basyar al asad,hujjahnya kerana Amerika nak jatuhkan Basyar.Itu saja justifikasi beliau.Justifikasi tersembunyi dia tak zahirkan.Yang tersembunyi ialah kerana Iran dan Hizbullah menyokong Basyar .Iran bukan sokong basyar kerana Amerika tetapi kerana asobiyah mazhab.
      Dalam bab kemelut di syria pandangan rasmi aku adalah berdasarkan kepada nilai2 sejagat.Pembunuhan beramai2 wanita dan kanak kanak serta seksaan keatas penentang2 politik tidak boleh diterima oleh mana2 orang bertamadun.Campor tangan Amerika adalah hal yang berbeza.Mana mungkin Iran dan hizbollah yang kokok berderai2 kunun suara Islam boleh bersekedukdukan memberi bantuan kepada silaknat basyar.
       Bagi orang PAS yang menyokong Basyar,apakah mereka tidak kenal siapa hafiz al asad,bapa kepada basyar yang telah melakukan pembunuhan 30000  penduduk HAMA sebuah bandar di Syria?Apa itu parti BAATH dokongan golongan sesat arab ni.Mungkin kamu ada pandangan lain yang berlainan dari pandangan rasmi PAS? tidak apa kita boleh berbeza pandangan namun amatlah pelik pandangan kamu kali ini senada dengan kaum etis RUSSIA DAN CINA KOMINIS..shame on you,Iran and hizbullah....

Sunday 1 July 2012

PAS JANGAN JADI SEPERTI AL ARQAM DAN TABLIGH

بسم الله الرحمن الرحيم ..Dipohon maaf sekiranya pandangan ini menyentuh hati pembaca2 pro pas,maksud saya hanya sanya untuk kebaikkan perjuangan,.Kita pernah suatu masa dulu melihat jemaah al arqam dimerata tempat dengan identiti serban dan jubah mereka,namun pada pandangan umum, ini suatu puak yang exclusive,nak kahwin,nak belajar,nak buat apa pun dengan arqam ni kena masuk jadi arqam dan pakai uniform mereka. Mereka telah buat tembok atau kota memenjarakan diri mereka dengan khalayak awam.Sebab itu outreach mereka terbatas.Begitu juga dengan Jemaah tabligh,bolehla ,nak tunjuk kekuatan sekali sekala berijtimak di sesuatu tempat namun mereka sangat jauh dihati rakyat dan orang awam.Benda yang sama berlaku juga pada JIM,suatu kelab exclusive dakwah yang tiada tempat untuk golongan kucing kurap dan golongan yang tak terpelajar.Ketiga2 kumpulan ini sangat tersendiri dan berwalak pada syura mereka sendiri..tak pa la itu lumrah berjamaah.Namun mesyarakat selalunya berpesepsi ini kumpulan yang exclusif.
      Mutaakhir ini saya berpandangan Pas mula bergerak kearah seperti mereka yang diatas,saya masih ingat kata2 almarhum mantan presiden PAS,"PAS MISTI MAINTAIN SEBAGAI GERAKKAN RAKYAT"mesti bersama rakyat dan massa.Himpunan hijau keputra jaya sebagai suatu contoh PAS mula exclusif,Ditinggalkan rakan2 mereka dalam pakatan,Apakah matlamat PAS? nak tunjuk kekuatan beruniform k?Kita tinjau balik kenapa ikhwan muslimin merosot jumlah undi dalam pemilihan presiden?walhal semasa pilihan raya parlimen mereka menguasai undi dengan peratus yang besar.Sebabnya tidak lain dan tidak bukan kerana setelah menang besar di parlimen ikhwan nampak nak monopoli semua kuasa dan institusi,lalu rakyat menjadi kecewa dengan sikap monopoli sebegini,tampak pada rakyat,ikhwan pun macam arqam juga,dok kira puak depa saja namun ikhwan cepat membaca kelemahan ini lalu Presiden Morsi keluar sebagai pemimpin untuk semua,bukan lagi pemimpin ikhwan sorang ja.
      Kesimpulannya sebagai pejuang rakyat kita jangan pisahkan diri kita dari rakyat,jangan bina tembok dengan warna dan uniform dan kelaku2 yang menyentuh hati rakyat. UMNO ni dibenci sangat kerana mereka bolot semua kepada umno hatta JKKK dilihat hanya untuk umno.orang lain boleh gigit jari....