Sunday, 30 March 2014

PERGINYA SEORANG INSAN BERNAMA BONDA

بسم الله الرحمن الرحيم ..Lama aku tidak menulis.mungkin aku ini bukan dilahirkan sebagai penulis sebab itulah aku menjadi begitu malas untuk menulis sehinggalah pada hari ini aku gagahi menulis buat mengenang pemergian orang yang sangat significant dalam hidup aku.Terasa segala2 tidak bermakna tanpanya.Itulah bondaku Aisyah Lebai Hassan.Dia seorang ibu yang mengorbankan segala hidupnya untuk suaminya, anak2 dan cucu2nya.Hidupnya dipenuhi dengan Ibadah serta sangat extreme pada perjuangan islam.Sehingga kalau aku pakai songkok hitam pun mukanya tampak tidak gembira.
    Dia seorang yang alim,tempat aku merujuk hukum hakam agama,dia penghafal banyak surah2 alquran,pernah pada satu masa aku berdebat dengan bapa saudara ku seorang ustaz umno dan bondaku menjadi teman pendebat khusus mengeluarkan ayat2 suci bagi menyokong hujjah2 ku kerana aku sendiri tidak berapa ingat akan ayat2 secara hafalan. 
      Rutin hidupnya, bangun awal memenuhi tanggung jawabnya sebagai hamba ,wirid dan zikir almakthurat,hizbulbahri  dan bacaan alquran menjadi amalan nya setiap hari selepas  suboh.seorang yang sangat zuhud dalam kehidupan,menegur anak dan cucu jika dia lihat ada unsur2 pembaziran namun dia sangat sporting.Dia akan pastikan semua anak cucunya wajib bersama dengan perjuangan Islam.
      Mutakhir ini dia sangat sensitif dengan isu2 mesir,syria,syiah,turkey.Sentiasa dia menonton aljazeera bersamaku untuk aku terjemahkan baginya akan setiap isu.Jika aku cuba buka berita tv 3 dia akan mengungkapkan kata2"Hang buka buat apa berita pemuhong ni"Demikian lah bondaku walau umurnya sudah melewati 78 tahun dia sangat contemporari dengan isu2 semasa.
      Tanggal khamis jam 5 petang 25 jamadilawwal dia rebah diribaan ku dan adikku, menghembus nafas yang terakhir dengan begitu tenang dan pantas sekali.Bonda!! aku sangat terasa akan kehilangan mu,You are my soul,my confidante,my most beloved through my entire life....Mak alfatihah buat mu.

Wednesday, 1 January 2014

KELAB GREENBOC: Najwa Latif Pula Jadi Mangsa Fitnah Oleh Macai UMN...

KELAB GREENBOC: Najwa Latif Pula Jadi Mangsa Fitnah Oleh Macai UMN...: N ajwa Latif nafi burukkan peserta himpunan Turun ‘ITU tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal d...

بسم الله الرحمن الرحيم..

Wednesday, 18 September 2013

ULAMA PAS TERKENA SANTAU POLITIK UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم ..Malang sungguh bagi PAS...sayap parti yang sangat terpenting"DEWAN ULAMA" serta ketuanya telah terkena santau politik umno..ia meresap halus memangsakan sebermula dari mantan timbalan presidennya Nasarudin mat isa selepas itu Hasan ali,mereka telah mati dalam politik.Benda jahat seperti Santau ini sangat berkesan untuk membunuh mangsa,ia meresap secara halus dan memakan sedikit masa untuk kekesanannya.Kini tiba pula giliran ketua dewan ulamanya harun taib..dia kelihatan tegar mempertahankan pendirian songsangnya dan racun santau ini telah berada ditahap 4 terhadap dirinya.Ia sangat sukar diubati lagi melainkan ianya menuggu masa untuk dikafan.
     Ingin ku ungkap kronologi bagaimana dan modes operandinya.Bisikkan pak lah badawi kepada Nasarudin mat isa adalah serapah pertama yang dihembus kedalam lubang telinga NASA...Anwar buat sungguh(liwat betoi) akhirnya ia melarat dan meresap memakan ramai mangsa.Finalnya ialah rombongan pimpinan tertinggi menemui anwar menyatakann pendirian PAS tidak bersedia menerima beliau sebagai PM dan bersetuju untuk lantik tunku razaleigh.Saat itu pilihanraya ke13 sudah diambang waktu..kesan sampingannya sangat besar untuk mendatangkan impak politik.kes perbalahan calon di trengganu,di damansara menjadi contoh.
   Apa yang terjadi sudah terjadi,musuh kita adalah umno,musuh kita bukan sesama kita..bila kena santau , hakikat ini terus dilupakan,semuga yang kena santau menyedari mereka sudah terkena santau di tahap 4,kalau nak berubat pun tak kan sembuh seperti sediakala hanya menungu saat kematian sahaja... nampaknya berjaya najib pada kali ini.