Monday, 20 May 2013

ERA GENERASI Y PULA MENGUASAI MEDAN PERJUANGAN MENENTANG REGIM PENIPU

بسم الله الرحمن الرحيم ..Pasca PRU 13 memperlihatkan dimensi politik serta perjuangan menuntut keadilan dan demokrasi mula dikuasi medannya oleh anak2 malaysia dari pelbagai kaum.Suara2 sumbang oleh golongan tua yang meminta rakyat reda dengan keputusan pilihanraya memperlihatkan suara yang sudah mula tidak releven.Kes penangkapan Adam Adli sebagai assigment pertama mereka.Momentem penentangan Black 505 tetap bertahan dengan kekuatan anak muda...jadi puak puak  tua tak mungkin menyekat suara kebangkitan generasi y.
      Hero hero baru seperti Adam Adli,Safwan Anang,Fadiah Nadwa fikri,Nurulizzah anwar,cik gu Bad menjadi ikon ikon penerusan perjuangan generasi Y. Mana dia nasarudin tantawi, nik abduh? dengar kata ada lagi pertemuan dengan putra jaya dalam meneruskan kununnya agenda perpaduan melayu... ?????

Saturday, 11 May 2013

PAS KEDAH PERLU PERUBAHAN YANG REDIKAL

بسم الله الرحمن الرحيم ..Selepas diberi mandat 5 tahun dan gagal menjaga kemenangan, PAS kedah wajib insaf dan wajib bersedia untuk suatu perubahan yang redikal.Pas kena akui bahawa kelemahan Azizan Razak punca utama  PAS tertiarap,ada lagi la punca2 lain tapi di sini aku tekankan PUNCA UTAMA.Bila sebuah syarikat itu gagal maka CEO kena bertanggujawab sepenuhnya.Bila sesbuah pasukkan bolasepak gagal Pengurus kena bertanggungjawab .
      Team pengurusan PAS kedah perlu dirombak,jangan ada lagi golongan2 yang tahap akedemik srp memegang jawatan2 politik.Yusoff Husin,Hasan Razak,Mussodak Ahmad,zulkifli yahya,Ahmad Yahya,semua ni kaki ampu dan bodek wajib digugurkan.Itu pun kalau PAS pusat berani memilih yang layak untuk dipilih sebagai PJ baru yang berwibawa.Kalau PJ dipilih yang berkelulusan SPM juga hancuss laa nak berhadapan dengan Mukhriz Mahadey...fikir fikir kan

Wednesday, 8 May 2013

KEPTEN TAK SEDAR KAPAL KEDAH NAK TENGGELAM

بسم الله الرحمن الرحيم Bila kapal titanic nak tenggelam,penumpang2 bukan sedar pun,ada yang menyanyi,menari,makan malam,berenang dikolam,berasmara didalam kabin mewah,itulah hakikat bila berada di dalam kapal sebesar titanic,namun air yang mencurah masuk ke dalam kapal tidak ada belas kasihan.ia terus mengalir deras,sang kepten pabila menyedari hal ini cuba mengambil tindakkan pantas untuk megnurangkan padah yang akan melanda, tapi tidak bagi kepten kapal pakatan rakyat KEDAH yang tak sedaq habaq kata kapl nak tenggelam,ini sangat buruk bagi seorang kepten,ia telah diberitahu awal namun dia tak mau terima hakikat. Paling malang pabila toke kapal di Kuala lumpur pun mempertahan kan keptenya untuk terus mengendali kapal tersebut.
      Bila kapal sudah tenggelam kepten pun terjun laut,anak2 kapal terlopong tergapai kehilangan arah tujuan menunggu saat maut dan tengelam bersama kapal....

Tuesday, 7 May 2013

ADAKAH ORANG MUKMIN RELA DIPATUK ULAR SAMPAI 13 KALI

بسم الله الرحمن الرحيم ..Semua pakat tahu dah keputusan pilihanraya tidak memihak kepada perjuangan membebaskan malaysia dari sebuah regim teramat korap dan kotor...manipulasi media arus perdana terhadap orang2 kampung,menyogok wang ringgit semaunya,mengunakan SPR serta penyalahgunaan jentera kerajaan,undi pos. bla bla bla dibuat kepada rakyat marhaen melayu. Melayu mudah lupa,mereka lupa kelakuan jijik isteri PM,mereka lupa penyelewengan dana negara,mereka lupa perjuangn masyarakat sivil dan demokrasi,mereka lupa kronisma bla bla bla.bila mereka siang malam disogok fitnah china DAP akan jadi PM dan final touch mereka disogok dengan sedikit habuan lalu jadi lah mereka seperti ikan kena tuba.
       Inilah yang dikatakan plihanraya karut..not free and fair election.kenyataan PAS trengganu menerima dan akur dengan keputusan SPR merupakan kenyataan dayus..menerima konsep piliharaya ala umno.It reflects this is what UG is all about...sedih sangat,namun  masyarakat china yang maju telah menyatakan pendirian mereka lantas umno terus mengadudomba kebencian pada mereka.Utusan terus menerus mengapi2kan isu perkauman untuk menutup isu penipuan dan rasuah dalam pilihanraya.
     TERIMA KASIH ANWAR IBRAHIM YANG TETAP KONSISTEN DALAM  PERJUANGAN MENENTANG KETIDAKADILAN DAH RASUAH DAN MENOLAK KEPUTUSAN PRU 13. LAWAN TETAP LAWAN....PERJUANGAN BELUM SELESAI

Monday, 6 May 2013

AZIZAN RAZAK IBU SEGALA KEKALAHAN PAKATAN DI KEDAH

بسم الله الرحمن الرحيم ..LIMA tahun aku memendam rasa tidak mengkeritik pentadbiran beliau yang tercorot  berbanding dengan dengan 3 negeri lain di bawah pakatan.Hasilnya Kedah tewas dengan terok.Azizan ni mendapat sokongan pulak oleh puak UG yang menguasai pas pusat.Beliau  lebih menerima nasihat Daim dan Madey dan nasihat ini makan pentadbiran beliau sendiri. Dia adalah MB pakatan yang tidak perform namun tetap dipertahan oleh PAS pusat. Sedih...bukan senang nak menang. tapi bila menang dia tak jaga kemenangan....tolong letak jawatan dalam PAS segera!!!!!

Sunday, 14 April 2013

RAKYAT DAH BOSAN DENGAN CARA UMNO

55 tahun negara kita merdeka dan berkembang menjadi sebuah negara industri .Namun sayang seribu kali sayang umno yang bermimpi terlalu lama disinggahsana kuasa menjadi terlalu angkuh.Bukan saja mereka menjadi penyamun dan perompak harta negara malah sampai ketahap memandang rakyap ibarat kucing kurap.Menyogok dan spin rakyat dengan mengunakan media arus perdana .Membawa cerita yang memalukan pembangkan,membohongi fakta,meniup perasaan perkauman bla bla...seolah2 rakyat terlalu bodoh untuk menilai.
       Bosan bosan bosan dengan BN..rakyat menunggu saat dan waktu pada 5 mei untuk tukar kerajaan dan ingin kepada Malaysia Baru yang lebih menjanjikan masa depan mereka.
    

Sunday, 7 April 2013

SURAT SOKONGAN YUSOFF QARDAWI DAN RASHID GANOUSHI PADA ANWAR IBRAHIM

بسم الله الرحمن الرحيم ..PECAH BERITA si zul kulim dakwa PKR akan edar surat palsu yusoff qardawi sokong anwar. Si Zul ni dah jadi tak ketahuan hala dah,bukan dia tak tau  kata yusoff qardawi secara konsisten menyokong Anwar walau cuba disogok dengan pelbagai anugerah oleh kerajaan BN.
    Surat yang terkini dari yusoff qardawi ditujukan khas untuk president PAS/dan anwar sempat juga aku tengok.
Surat tersebut menyatakan dunia islam sedang melihat pendekatan baru yang diterajui Anwar .mengembeling parti2 yang berlainan ideologi untuk membawa episod baru pada negara malaysia.
      Terkini adalah surat dari pimpinan revolusi tunisia  Rashid ganushi,yang ni belum sempat aku tatap.Secara significantnya surat ini menjurus kepada menyeru pimpinan pakatan rakyat menyokong Anwar sebagai PM sebab surat ini diutus setelah pertemuan president PAS dengan yusoff qardawi khas  mentaklimatkan YQ siapa yang nak jadi PM.