Sunday 1 July 2012

PAS JANGAN JADI SEPERTI AL ARQAM DAN TABLIGH

بسم الله الرحمن الرحيم ..Dipohon maaf sekiranya pandangan ini menyentuh hati pembaca2 pro pas,maksud saya hanya sanya untuk kebaikkan perjuangan,.Kita pernah suatu masa dulu melihat jemaah al arqam dimerata tempat dengan identiti serban dan jubah mereka,namun pada pandangan umum, ini suatu puak yang exclusive,nak kahwin,nak belajar,nak buat apa pun dengan arqam ni kena masuk jadi arqam dan pakai uniform mereka. Mereka telah buat tembok atau kota memenjarakan diri mereka dengan khalayak awam.Sebab itu outreach mereka terbatas.Begitu juga dengan Jemaah tabligh,bolehla ,nak tunjuk kekuatan sekali sekala berijtimak di sesuatu tempat namun mereka sangat jauh dihati rakyat dan orang awam.Benda yang sama berlaku juga pada JIM,suatu kelab exclusive dakwah yang tiada tempat untuk golongan kucing kurap dan golongan yang tak terpelajar.Ketiga2 kumpulan ini sangat tersendiri dan berwalak pada syura mereka sendiri..tak pa la itu lumrah berjamaah.Namun mesyarakat selalunya berpesepsi ini kumpulan yang exclusif.
      Mutaakhir ini saya berpandangan Pas mula bergerak kearah seperti mereka yang diatas,saya masih ingat kata2 almarhum mantan presiden PAS,"PAS MISTI MAINTAIN SEBAGAI GERAKKAN RAKYAT"mesti bersama rakyat dan massa.Himpunan hijau keputra jaya sebagai suatu contoh PAS mula exclusif,Ditinggalkan rakan2 mereka dalam pakatan,Apakah matlamat PAS? nak tunjuk kekuatan beruniform k?Kita tinjau balik kenapa ikhwan muslimin merosot jumlah undi dalam pemilihan presiden?walhal semasa pilihan raya parlimen mereka menguasai undi dengan peratus yang besar.Sebabnya tidak lain dan tidak bukan kerana setelah menang besar di parlimen ikhwan nampak nak monopoli semua kuasa dan institusi,lalu rakyat menjadi kecewa dengan sikap monopoli sebegini,tampak pada rakyat,ikhwan pun macam arqam juga,dok kira puak depa saja namun ikhwan cepat membaca kelemahan ini lalu Presiden Morsi keluar sebagai pemimpin untuk semua,bukan lagi pemimpin ikhwan sorang ja.
      Kesimpulannya sebagai pejuang rakyat kita jangan pisahkan diri kita dari rakyat,jangan bina tembok dengan warna dan uniform dan kelaku2 yang menyentuh hati rakyat. UMNO ni dibenci sangat kerana mereka bolot semua kepada umno hatta JKKK dilihat hanya untuk umno.orang lain boleh gigit jari....

1 comment:

  1. Bongok ko ni zul..xpyh tgk jemaah lain, igt betol sgt ke pas??? wpun aku org pas n PR..seket2 nk tgk keburukan org lain..bulu pahat bru nak tumbu..chih! chih! tuih!!!!

    ReplyDelete