بسم الله الرحمن الرحيم
..Selamat menyambut ramadan kareem pada pembaca sekelian.Semuga keberkatan nya kali ini menambah taqwa kita insyallah.Suasana menyambut puasa zaman sekarang banyak perbezaan dari dulu2,Anak2 kita mungkin terlepas nostalgia yang manis2 yang akan aku ceritakan.
Dulu dulu saat menjelang puasa dah dapat dirasai seawal bulan rejab lagi.Ayah pergi kehutan bersama kawan2 mencari kayu api,.mengumpul kayu api cukup untuk bekalan sebulan puasa,sementara emak pula siap menumbuk tepung pulut dan jawi serta mengasin kan telor itek,membuat perkasam ikan,menjeruk petai,al maklum pada masa tersebut tiada peti sejuk untuk menyimpan makanan.Kerja2 ini dibuat bersama2 jiran.Bayangkan keakraban mereka ,pangilan mereka mengikut pangkat,yang tua di panggil abang dan kak sementara yang muda membahasakan diri mereka adik.
Saat menunggu pengistiharan puasa oleh radio malaya ditunggu2.Namun berita tersebut akan tersebar di surau ketika mana semua orang datang untuk bersolat jamaah.Jika diistihar puasa maka langsung diteruskan dengan solat tarawih.Dulu2 solat terawih, orang tak tahu kata bab rokaat tarawih ni khilaf,mereka cuma tahu 20 rokaat.Bacan 30 juzuk sepanjang tarawih ramazan jarang2 dibuat mungkin waktu dulu2 kurang para hafiz alquran untuk jadi imam.
Waktu bangun sahur banyak bergantung pada gendang sahur yang dipalu untuk mengejutkan para suri rumah.Tiada jam loceng atau jam tangan kerana masyarakat ketika itu ramai yang tak mampu untuk memilikinya.Cuaca sejuk sangat mengulitkan tidur mereka.Sejuknya pada tahap beku minyak kelapa.kalau tuan2 nak rasa tuan2 boleh pergi kegenting highland dan rasa suhu di situ pada waktu subuh.Di seluruh negara suhu macam tu dulu2........bersambung
No comments:
Post a Comment