Saturday 31 March 2012

Selatan Thai yang terus bergolak

بسم الله الرحمن الرحيم ..Hari jumaat aku ke Hat Yai untuk tujuan shopping beberapa barangan yang jauh lebih murah daripada di malaysia. Kawasan tumpuan business di Hat yai tentunya sekitar Hotel Lee Garden Plaza,sempat aku ronda2 di situ .Parking kereta di lower ground Odean shopping komplex yang pernah diletupkan dalam siri serangan pejuang Patani. Semua soft2 target jika berlaku serangan akan mengakibatkan kematian orang awam.".sapa suruh hampa pi dok merela dah tau negeri dalam perang"
           Hari sabtu, berita menyiarkan suatu kebakaran dan letupan sekitar Lee garden Plaza,berita dari bangkok post mengesahkan ianya dari bom kereta  yang diletakkan di level2. 5 kematian dicatatkan. manakala lebih 300 cedera termasuk ramai le rakyat malaysia.Kalau ini suatu serangan oleh pejuang ,maka mereka boleh claim ini suatu kejayaan.Kesan serangan tentunya sektor pelancungan Hat Yai.
           Selatan thai akan berterusan bergolak selagi kemerdekaan tidak diberikan oleh Siam kepada orang2 melayu/islam.Islam yang menjadi kekuatan kepada pejuang patani tidak akan padam dalam sanubari mereka ..ISLAM VERSI SYUMUL INI AMAT PAYAH DI KUASAI OLEH SIAM...kecuali versi jamaah tabligh yang bolehlah kerajan siam senyum dan bermesra.
 

Tuesday 27 March 2012

ANWAR IBRAHIM SUDAH MENGISTIHARKAN PERANG

بسم الله الرحمن الرحيم ..maknanya gendang perang sudah dipalu,seluruh kekuatan,kemahiran,stretegi,logistik,tektikal dan apa apa yang perlu dalam seni peperangan sudah bermula,adakah kita sudah mendengar general general dari angkatan perang pakatan rakyat menyahut pengistaharan ini?
        Untuk mengalahkan musuh yang sudah kukuh bertapak menguasai segenap penjuru dan  ceruk rantau negara bukanlah mudah.Namun apabila rakyat bersama dengan pakatan rakyat apa saja boleh berlaku,suara rakyat tidak boleh dikalahkan oleh mana2 kuasa diatas muka bumi ini dengan izin ALLAH...
       Sekiranya kita secara all out mengembeling segala tenaga,harta,kepandaian barulah kita insyaalah akan dapat menumbangkan BN..pemimpin,pengikut mari sama2 berkorban...bukan kena hilang nyawa pun seperti rakyat syria menentang Basyar alasad,untuk kali ini kita perabih la sikit apa yang kita ada,insyaalah anak cucu kita akan terjamin masa hadapan mereka...

Sunday 25 March 2012

SIAPA BERANI SENTUH GOLONGAN KAYA RAYA

بسم الله الرحمن الرحيم ..Semua parti politik menjanjikan pengagihan kekayaan negara yang adil kepada rakyat,namun perkara ini tidak mudah untuk  dilaksanakan,namun banyak juga negara yang agak berjaya seperti di scandinavia ,UK,Germany,jepun,korea.Bagi negara negara yang kaya dengan hasil minyak kita melihat Brunai,Arab saudi,Qatar berkongsi kekayaan dengan cara mereka sendiri.
    Bagi negara2 yang bukan bergantung pada hasil minyak selalunya pengagihan kekayaan ini dibuat melalui struktur cukai dan menjana pertumbuhan ekonomi yang tinggi .Dengan pengurusan kerajaan yang baik dan telus serta memastikan tiada korapsi maka pengagihan kekayaan dapat dilaksana dengan berkesan.
    Malaysia bukan saja dianugrahi hasil minyak/gas yang banyak malah kita juga setanding dengan negara2 membangun  lain dalam bidang industri,servises,pertanian dan bermacam2 lagi.Namun UMNO/BN selama 50 tahun mentadbir gagal mengagihkan kekayaan negara,rakyat miskin nak beli rumah sendiri pun tak mampu,pelajar yang belanja ala kadar di universiti adalah satu fenomena biasa sementara yang kaya semakin kaya raya,projek2 dimonopoli oleh segelintir kroni2,ini semua telah termaklum..
    Hanya pakatan pernah menyentuh puak2 kapitalis ni dan kita harap ianya konsisten sekiranya peralihan kuasa benar2 berlaku...

Saturday 24 March 2012

Menentukan pendirian mengenai SYRIAN SPRINGS

بسم الله الرحمن الرحيم ..Pagi ini minum kopi bersama seorang sahabat penyokong kuat Iran,aku tanya pasai apa Iran menyokong kuat basyar al asad yang sangat zalim tu...dia secara simplistik menjawab sebab Amerika sokong syrian springs,aku kata tak betul pendirian macam tu,pendirian Amerika tak semestinya boleh mempengaruhi kita membuat pendirian,walau seolah2 pendirian kita seakan2 sama dengan Amerika,pendirian mengenai human rights,kezaliman,kkadang selari denagn pendirin kuasa besar tersebut,tapi dalam hal2 lain pendirian kita bertentangan dengan America seperti isu Israel,isu pengganas...
  Namun dalam bab Syria kita tak boleh kompromi denagn silaknat basyar...Ini kesilapan dasar luar Iran,ianya berbau mazhab
..betul la dakwaan sesetengah orang bahawa Iran mula menampakkan warna sebenar syiah bila berhadapan dengan isu Syria..

Thursday 22 March 2012

Punya serang anwar isu yahudi last sekali kantoi

بسم الله الرحمن الرحيم ..Setelah kantoi dengan keputusan mahkamah yang mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah,maka seluruh jentera perang UMNO dikerahkan ke gelanggang baru mungkin atas nasihat APCO,tampak pada fasa1  serangan agak meyakinkan,betapa tidak sehingga anwar terpaksa berjumpa nik aziz untuk memberi penjelasan...lumat dalam media,facebook,twiter,blog, diserang pakatan habis habisan,cyber trooper umno keluarkan habis apa saja senjata membuat serangan berani mati.Rakyat pun jadi kaku dan keliru
   TUP TUP Hadi awang tembak satu peluru"tidak haram berurusan dengan yahudi kecuali zionis"bangun ulama upahan menangkis serangan ,namun satu peluru Nik Aziz tambah memperkukuhkan serangan balas pakatan,maka paku terakhir bekas mufti perlis yang membuka sirah bahawa ada seorang isteri junjungan besar nabi saw pun seorang yahudi,tambah lagi.seorang sahabat besar nabi saw pun seorang yahudi  maka kantoi lah umno sekantoi2nya..
    Kamu merancang kejahatan tapi perancangan ALLAH adalah yang terbaik.

Tuesday 20 March 2012

INSYALLAH DOA RAKYAT KELANTAN TERMAKBUL

بسم الله الرحمن الرحيم Mungkin kita masih ingat ketika mana usaha usaha last resort kerajaan dan rakyat Kelantan mengadakan majlis sembahyang hajat tengah malam sehingga memenuhi stadium sultan mohamad,serta penghantaran rombongan berdoa di depan Kaabah dalam memomohon kepda ALLAH supaya royalti minyak yang menjadi hak mutlak dikembalikan kepada yang berhak...terkandung dalam doa tersubut agar umno dihabis riwayatkan jika mereka masih bersikap seperti sekarang..angkuh dan sombong dengan kekuasaan.
   Insyaalah doa tersebut akan termakbul,kita melihat banyak tanda2 besar akan kematian umno,dan usaha desparate umno untuk membeli rakyat dengan harga yang sangat murah akan gagal insyaalah.

Sunday 18 March 2012

Umpan BR1M rm500,termakankah kailnya

بسم الله الرحمن الرحيم ..Belum tau lagi termakan kah kail BN? namun dengan berani nya PM mengizinkan dua transaksi conglamorate dalam masa sebulan bernilai hampir sepuluh billion,semuanya melibatkan wang rakyat,wang 8 b yang dibayar kepada ananda krishnan oleh 1MDBhd syarikat milik kerajaan datang dari mana?Maju holding yang mendapat modal teroka untuk membina lebuhraya KL putra jaya{MEX} dan menjual pula kepada EPMB bernilai 1.7b,duit keuntungan transaksi ini pergi kemana dan masuk poket siapa?
  Dahsyat sungguh permainan" greed capitalist "yang bersekongkol dengan mereka yang berkuasa memanupulasi apa yang mereka anggap kebodohan mak cik2 felda yang akan terus menerus menyokong mereka....

Saturday 17 March 2012

MUSTAFA AKYOL - The rise of Islamic capitalism

MUSTAFA AKYOL - The rise of Islamic capitalism

بسم الله الرحمن الرحيم..

APCO merancang isu sokong israel

بسم الله الرحمن الرحيم ..Sewaktu berjogging bersama seorang sahabat berjawatan guru besar,dia menceritakan perihal latihan di sebuah kem dibanding bersama 100 pengetua dan guru besar ,dengan penuh kebencian dia menghentam anwar yang dianggap sebagai manusia yang menyokong kuat israel..wow berjaya  juga doktrin umno/ apco sampai kebenak hati seorang sahabat aku namun aku tak berapa heran sebab dia ni memang umno,tapi tak lah kuat sangat keumnoan dia pun...
   Isunya ialah cara umno /apco manupulate kenyataan Anwar yang loqlaq apabila diwawancara oleh wartawan,macam macam tektik saraf yang diarahkan APCO untuk membunuh kerekter ANWAR IBRAHIM.Kalau target mereka untuk swing 5 peratus undi atas pagar kepada umno berjaya dengan isu2 pembunuhan karekter ini maka setidak2nya umno masih mampu mempertahankan putra jaya.....Bagi pakatan bagaimana kita mampu swing balik 5 percent memihak kepada kita..yang ni kena sama2 fikir,Tapi kalau di Kedah ni aku nampak dah kelabu...Ayoh PAS,bangkit...jawatankuasa pemandu ni aku pun tak tahu lagi peranan mereka..tapi kalau JK ni terdiri "all the president men" hampa tunggulah PAS akan jadi macam trengganu le...

Wednesday 14 March 2012

Wang royalti minyak

بسم الله الرحمن الرحيم ..Mengikut kenyataan datuk Husam musa,sekiranya wang royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri kelantan maka wang tersebut akan dibahagikan kepada 3, 1/3 untuk belanja kepada rakyat,1/3 lagi untuk infrastruktur dan pembangunan negeri dan satu pertiga yang selebihnya adalah untuk simpanan,begitu telus dan mulus,dikabarkan dan diwar warkan.Inilah yang dikatakan ketelusan.
 Kita banding dengan BN yang tak pernah pun secara telus memberitahu kepada awam bagaimana wang minyak petronas dibelanjakan..Hak rakyat untuk tahu kemana wang ini pergi,ianya sangat banyak..triliion
  kita dapat bayangkan sekiranya wang petronas ini dibelanjakan mengikut cara yang dato husam cadang,alangkah makmurnya kita,naik lebuhraya tol free,belanja anak2 di universiti tak perlu nak ambik tau sangat,gaji tinggi,rakyat yang kurang pendapatan bulanan terima elaun direct..macam macam lagi kemudahan yang kita dapat kalau pemimpin orang2 yang beramanah..

Tuesday 13 March 2012

بسم الله الرحمن الرحيم ..Politik orang kata adalah persepsi,ini semua orang dah tahu tetapi tetap diulang ulang,Adakah kah BN mampu mengubah persepsi rakyat yang BN ini korap,pemimpin pemimpin nya penyamun,mampukah dengan projek BR1M rm 500 boleh mengubah persepsi tersebut,ini harus diketahui oleh pakar2 stretegi PAKATAN secara serius,jangan ambil mudah buat andaian kosong saja..tidak sukar untuk mendapatkan pandangan umum sekarang ni,keluarkan sedikit belanja untuk syarikat2 yang membuat polling,kita akan tahu jawapan on the spot.
   Banyak perkara telah berubah selepas PRU ke12,persepsi pun berubah,stretegi lapok BN kadang kadang masih sesuai dengan pemikiran lapok orang orang melayu yang miskin minda di luar bandar dan di felda..tambahan pula dengan kebangkrapan jentera penerangan pakatan terutama PAS KEDAH maka KEDAH tampak 50 50 untuk dipertahankan..lain negeri aku tak tahu.

Monday 12 March 2012

PENGURUSI KAWAQ

بسم الله الرحمن الرحيم ..Hari ini aku mengatahui sinarai nama nama steering komitee yang dilantik PAS pusat untuk menjadi pemantau,watch dog,penasihat bla bla..tapi yang aku rusing sangat ialah pasai apa pi lantik kawaq ni jadi  pengurusi....di kelantan dia ni dah tak laku pasai perangai kawaq la..macam mana kawaq nak pantau kedah..MB kedah tu baik sangat la ngan kawaq ni....PAS pusat tak kan tak refer langsung kat mursyidul am,atau su agong pakai kuasa dia saja list nama..mat sabu awat hang tak jerkah su agong..hang pun bukan selamat  sangat

Wednesday 7 March 2012

TIDAKKAH INI SUATU PENIPUAN MEGA TERHADAP KERAJAAN NAJIB 1 MALAYSIA?

بسم الله الرحمن الرحيم ..
Penjualan Tanjong energy holding,syarikat yang menjual tenaga elektrik kepada  TNB milik ananda krishnan bernilai rm8.5billion kepada syarikat  1malaysia develovpment berhad telah disahkan oleh ceo MDB.Pada hemat saya ananda terlah merasai bahang yang akan berlaku selepas pru13.jika sekiranya kerajaan hari ini telah berubah maka subsidi yang kini ditanggung kerajaan kepada syarikat2 pembekal tenaga akan ditarik balik serta merta..bila ini berlaku syarikat2 ini tidak lagi akan meraih keuntungan lumayan..jika transisi ini berlaku padahnya rakyat yang tanggung,1MDB adalah syarikat kerajaan yang menjadi tanggungan kepada pembayar2 cukai..

Tanda kiamat yang semakin dekat...!!



Assalamualaikum dan salam blogger.. 
 
Berbicara tentang tanda,tanda kecik kiamat,mengikut kajian ulama' terdapat lebih dari 60 tanda-tanda kiamat kecil yang dapat di ambil dari hadis Rasulullah SAW.
Disini ingin di nyatakan sebahagian sahaja dari tanda,tanda tersebut untuk renungan bersama.
1-Hamba perempuan melahirkan tuannya
Menurut perbahasan ulama"ini adalah kiasan bagi ramainya anak derhaka yang akan muncul di akhir zaman,dimana seorang anak hilang rasa hormat kepada ibunya dan melayan ibunya seolah-olah hamba.

2-Para pengembala kambing yang miskin,tidak beralaskaki dan tidak berpakaian akan menetap digedung2 tinggi(Akan muncul ramai jutawan segera)

3-Penyerahan urusan bukan kepada ahlinya.
"Apabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya,maka
tunggulah kiamat"
(Hadis riwayat Imam Bukhari)

4-Semakin berkurangnya ilmu dan munculnya kejahilan manusia
(Ini mungkin disebabkan alim ulama'yang meninggal dan tidak ada pengganti)

5-Banyak berlaku pembunuhan
(Pada zaman ini kita dapat menyaksikan semua perkara itu didepan mata-kita sendiri)

6-Orang yang minum arak tapi menamakan perbuatan tersebut bukan dengan namanya
"sebahagian orang dari umatku akan meminum khamar dan mereka akan menamakan perbuatan itu bukan dengan namanya"