Wednesday 18 September 2013

ULAMA PAS TERKENA SANTAU POLITIK UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم ..Malang sungguh bagi PAS...sayap parti yang sangat terpenting"DEWAN ULAMA" serta ketuanya telah terkena santau politik umno..ia meresap halus memangsakan sebermula dari mantan timbalan presidennya Nasarudin mat isa selepas itu Hasan ali,mereka telah mati dalam politik.Benda jahat seperti Santau ini sangat berkesan untuk membunuh mangsa,ia meresap secara halus dan memakan sedikit masa untuk kekesanannya.Kini tiba pula giliran ketua dewan ulamanya harun taib..dia kelihatan tegar mempertahankan pendirian songsangnya dan racun santau ini telah berada ditahap 4 terhadap dirinya.Ia sangat sukar diubati lagi melainkan ianya menuggu masa untuk dikafan.
     Ingin ku ungkap kronologi bagaimana dan modes operandinya.Bisikkan pak lah badawi kepada Nasarudin mat isa adalah serapah pertama yang dihembus kedalam lubang telinga NASA...Anwar buat sungguh(liwat betoi) akhirnya ia melarat dan meresap memakan ramai mangsa.Finalnya ialah rombongan pimpinan tertinggi menemui anwar menyatakann pendirian PAS tidak bersedia menerima beliau sebagai PM dan bersetuju untuk lantik tunku razaleigh.Saat itu pilihanraya ke13 sudah diambang waktu..kesan sampingannya sangat besar untuk mendatangkan impak politik.kes perbalahan calon di trengganu,di damansara menjadi contoh.
   Apa yang terjadi sudah terjadi,musuh kita adalah umno,musuh kita bukan sesama kita..bila kena santau , hakikat ini terus dilupakan,semuga yang kena santau menyedari mereka sudah terkena santau di tahap 4,kalau nak berubat pun tak kan sembuh seperti sediakala hanya menungu saat kematian sahaja... nampaknya berjaya najib pada kali ini.

Saturday 27 July 2013

POLITICS - After the people's will, Egypt's rulers have started massacring their own people: Turkish PM

POLITICS - After the people's will, Egypt's rulers have started massacring their own people: Turkish PM

بسم الله الرحمن الرحيم..Wahai sekelian manusia ..lihatlah kezaliman mereka yang masih lagi mengaku diri mereka Islam..malu lah kamu wahai Alsisi,Baradei..kamu lebih teruk dari penyembah berhala.

Monday 17 June 2013

POLITICS - EU has no respect for democracy, says Turkish PM Erdoğan

POLITICS - EU has no respect for democracy, says Turkish PM Erdoğan

بسم الله الرحمن الرحيم..EROPAH YANG SANGAT ANTI ISLAM SENTIASA MENUNGGU PELUANG MENYERANG GOLONGAN YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM...MEREKA SANGAT SUKA KALAU MUSLIM MINUM ARAK DAN WANITA MUSLIMAH TELANJANG.INI LAH WARNA SEBENAR PERADABAN BARAT

Saturday 15 June 2013

BOLEH KAH LAGI POLITIK IRAN MEMPENGARUHI DUNIA ISLAM???

بسم الله الرحمن الرحيم .Pemilihan President Iran yang baru Hasan Rowhani sedikit sebanyak menarik perhatian dunia buat seketika,tokoh yang dianggap beraliran sederhana ini menang lebih 51 peratus undi mengalahkan pencabar2 lain .Namun semenjak dasar iran yang menyokong Basyar al Assad ,orang islam sudah sangat membenci Iran,percaturan iran yang sememangnya sangat assobiah syiah terus  menjauhkan negara mereka di hati majoriti penganut sunni. Walau berlagak seolah2 menentang Amerika dan israel namun tindak tanduk dasar Syiah tetap tidak dapat disembunyi.
     Di malaysia ada segelintir penganut2 sunni yang telah tukar mazhab kepada syiah sangat kagum dengan pemilihan Rowhani,dikatakan rowhani ini sarjana teologi,ketenteraan,telah manghasilkan 700 hasil kajian,lulusan dari scotland...ini memang style syiah,mereka selalu kagum dengan keilmuan tetapi sesat sebenarnya,tokoh2 mereka selalu diberi gelaran yang lunak2..ayatullah uzma, ayatullah saja,hojjatulislam,mujtahidah .Namun ada juaga tokoh2 yang boleh berkira la dengan orang sunni seperti bekas president mohammad khatami...adakah Rowhani seperti khatami?,kalau macam khatammi  kira ok la sikit,tetapi pengaruh golongan yang sebegini tidak berapa kuat dalam politik syiah iran..kita tungu dan lihat bagaimana dan siapa Rowhani????

Wednesday 12 June 2013

curahan hatiku: JENIS-JENIS NAFSU

curahan hatiku: JENIS-JENIS NAFSU

بسم الله الرحمن الرحيم..semuga menjadi renungan serta amalan khusus untuk para pejuang

Sunday 2 June 2013

DUNIA PELAKON FILEM DAN PEMIMPIN UMNO SERUPA JA!!!!

بسم الله الرحمن الرحي kita selalu menonton filem yang memaparkan nilai kemanusiaan,ketaatan kepada tuhan,ketaqwaan,menjunjung kebenaran bla bla bla.Sangat hebat pemegang watak2 ini sehingga sesetengah pelakon itu menjadi idola serta kadang2 diangkat menjadi pemimpin politik oleh masyarakat.Ini berlaku pada Ronald Regan,Arnold swenagger,MGR dan ramai lagi.Demikian lah sebahagian ramai manusia terleka dengan watak dan lakonan.Ianya bukan hakikat sebenar personaliti pelakon2 tersebut.Kebanyakkan pelakon punya gaya dan personaliti yang langsung bertentangan dengan apa yang mereka lakonkan.Kekadang pelakon2 ini kaki mabuk,kaki dadah,kaki perempuan,kaki judi..al maklum dunia selebriti memamg lumrah begitu.
    Apa kaitan dengan semua senario ini dengan pemimpin UMNO...hampa pakat pikiaq la sendiri,tengok bagaimana MB kedah yang baru, berkain pulikat dan kepiah putih,real sugguh k?,yang realnya nik aziz,semua medan dia macam tu,.Tengok depa bersyarah depan rakyat...wow sanggup mampos membela rakyat miskin,jengok kehidupan depa,rumah bagai istana,kereta mewah berpuluh biji,ada depa kesian kat janda beranak 12 yang hidup kais pagi makan pagi...Ironisnya depa dok berimpun di kelab eksklusif dan ketawa kecil sama2 depa melihat orang melayu dibeli undi sekupang dua...ha ha ha nasib la melayu...kena perbodo dulu kini selamanya

Wednesday 29 May 2013

Hürriyet Daily News | PHOTO Gallery(PROTES LARANGAN BERCUMBUAN DI TEMPAT AWAM DI TURKI

Hürriyet Daily News | PHOTO Gallery

بسم الله الرحمن الرحيم..Bila kerajaan pro Islam  turki melaksanakan undang2 bercumbuan di tempat awam maka protes dari puak sekular sesat kunun untuk mencabar undang2 yang menyekat cara hidup"lifestyle mereka" masyaallah inilah akibatnya bilamana golongan jahil dibiarkan berkuasa sebegitu lama sehingga  ada segolongan muslim turki hanya tinggal pada nama saja.

Monday 27 May 2013

WAJIB TENTANG KESOMBONGAN BN SEHINGGA KE HUJUNG HAYAT KITA

بسم الله الرحمن الرحيم ..Hiba,duka,kecewa...setelah pakatan gagal dalam misi menumbangkan umno/bn pada PRU 13.Demikianlah perasaan sebahagian besar rakyat jelata yang memang telah nekad untuk"UBAH'..namun sekali lagi rakyat kecewa dek mainan undi POS tajaan SPR atas arahan umno.Macai2,balaci2,JKK,umno bukan main sombong lagi diatas kemenangan palsu ini.Ketika aku terjaga sekitar pukul lima pagi pada pagi 6 mei aku terdengar sorakkan kera2 umno di wisma darulaman penuh riang.Orang kuat mahadet khalid yang 5 tahun ghaib muncul kembali menyapa aku pada suatu petang.Demikian gambaran serba sedikit kesah pasca PRU 13.
       Namun aku menyeru kepada semua untuk kita terus berjuang   bagi menumbangkan regim sombong takkabur umno/BN sehingga keakhir hayat kita...bangun wahai pejuang kebenaran,bangkit cek bangkit wahai orang pakatan KEDAH,teruskan perjuangan kita wahai rakyat,jangan kecewa walau seketika....biar kita mati dalam perjuangan menegakkan kebenaran

Monday 20 May 2013

ERA GENERASI Y PULA MENGUASAI MEDAN PERJUANGAN MENENTANG REGIM PENIPU

بسم الله الرحمن الرحيم ..Pasca PRU 13 memperlihatkan dimensi politik serta perjuangan menuntut keadilan dan demokrasi mula dikuasi medannya oleh anak2 malaysia dari pelbagai kaum.Suara2 sumbang oleh golongan tua yang meminta rakyat reda dengan keputusan pilihanraya memperlihatkan suara yang sudah mula tidak releven.Kes penangkapan Adam Adli sebagai assigment pertama mereka.Momentem penentangan Black 505 tetap bertahan dengan kekuatan anak muda...jadi puak puak  tua tak mungkin menyekat suara kebangkitan generasi y.
      Hero hero baru seperti Adam Adli,Safwan Anang,Fadiah Nadwa fikri,Nurulizzah anwar,cik gu Bad menjadi ikon ikon penerusan perjuangan generasi Y. Mana dia nasarudin tantawi, nik abduh? dengar kata ada lagi pertemuan dengan putra jaya dalam meneruskan kununnya agenda perpaduan melayu... ?????

Saturday 11 May 2013

PAS KEDAH PERLU PERUBAHAN YANG REDIKAL

بسم الله الرحمن الرحيم ..Selepas diberi mandat 5 tahun dan gagal menjaga kemenangan, PAS kedah wajib insaf dan wajib bersedia untuk suatu perubahan yang redikal.Pas kena akui bahawa kelemahan Azizan Razak punca utama  PAS tertiarap,ada lagi la punca2 lain tapi di sini aku tekankan PUNCA UTAMA.Bila sebuah syarikat itu gagal maka CEO kena bertanggujawab sepenuhnya.Bila sesbuah pasukkan bolasepak gagal Pengurus kena bertanggungjawab .
      Team pengurusan PAS kedah perlu dirombak,jangan ada lagi golongan2 yang tahap akedemik srp memegang jawatan2 politik.Yusoff Husin,Hasan Razak,Mussodak Ahmad,zulkifli yahya,Ahmad Yahya,semua ni kaki ampu dan bodek wajib digugurkan.Itu pun kalau PAS pusat berani memilih yang layak untuk dipilih sebagai PJ baru yang berwibawa.Kalau PJ dipilih yang berkelulusan SPM juga hancuss laa nak berhadapan dengan Mukhriz Mahadey...fikir fikir kan

Wednesday 8 May 2013

KEPTEN TAK SEDAR KAPAL KEDAH NAK TENGGELAM

بسم الله الرحمن الرحيم Bila kapal titanic nak tenggelam,penumpang2 bukan sedar pun,ada yang menyanyi,menari,makan malam,berenang dikolam,berasmara didalam kabin mewah,itulah hakikat bila berada di dalam kapal sebesar titanic,namun air yang mencurah masuk ke dalam kapal tidak ada belas kasihan.ia terus mengalir deras,sang kepten pabila menyedari hal ini cuba mengambil tindakkan pantas untuk megnurangkan padah yang akan melanda, tapi tidak bagi kepten kapal pakatan rakyat KEDAH yang tak sedaq habaq kata kapl nak tenggelam,ini sangat buruk bagi seorang kepten,ia telah diberitahu awal namun dia tak mau terima hakikat. Paling malang pabila toke kapal di Kuala lumpur pun mempertahan kan keptenya untuk terus mengendali kapal tersebut.
      Bila kapal sudah tenggelam kepten pun terjun laut,anak2 kapal terlopong tergapai kehilangan arah tujuan menunggu saat maut dan tengelam bersama kapal....

Tuesday 7 May 2013

ADAKAH ORANG MUKMIN RELA DIPATUK ULAR SAMPAI 13 KALI

بسم الله الرحمن الرحيم ..Semua pakat tahu dah keputusan pilihanraya tidak memihak kepada perjuangan membebaskan malaysia dari sebuah regim teramat korap dan kotor...manipulasi media arus perdana terhadap orang2 kampung,menyogok wang ringgit semaunya,mengunakan SPR serta penyalahgunaan jentera kerajaan,undi pos. bla bla bla dibuat kepada rakyat marhaen melayu. Melayu mudah lupa,mereka lupa kelakuan jijik isteri PM,mereka lupa penyelewengan dana negara,mereka lupa perjuangn masyarakat sivil dan demokrasi,mereka lupa kronisma bla bla bla.bila mereka siang malam disogok fitnah china DAP akan jadi PM dan final touch mereka disogok dengan sedikit habuan lalu jadi lah mereka seperti ikan kena tuba.
       Inilah yang dikatakan plihanraya karut..not free and fair election.kenyataan PAS trengganu menerima dan akur dengan keputusan SPR merupakan kenyataan dayus..menerima konsep piliharaya ala umno.It reflects this is what UG is all about...sedih sangat,namun  masyarakat china yang maju telah menyatakan pendirian mereka lantas umno terus mengadudomba kebencian pada mereka.Utusan terus menerus mengapi2kan isu perkauman untuk menutup isu penipuan dan rasuah dalam pilihanraya.
     TERIMA KASIH ANWAR IBRAHIM YANG TETAP KONSISTEN DALAM  PERJUANGAN MENENTANG KETIDAKADILAN DAH RASUAH DAN MENOLAK KEPUTUSAN PRU 13. LAWAN TETAP LAWAN....PERJUANGAN BELUM SELESAI

Monday 6 May 2013

AZIZAN RAZAK IBU SEGALA KEKALAHAN PAKATAN DI KEDAH

بسم الله الرحمن الرحيم ..LIMA tahun aku memendam rasa tidak mengkeritik pentadbiran beliau yang tercorot  berbanding dengan dengan 3 negeri lain di bawah pakatan.Hasilnya Kedah tewas dengan terok.Azizan ni mendapat sokongan pulak oleh puak UG yang menguasai pas pusat.Beliau  lebih menerima nasihat Daim dan Madey dan nasihat ini makan pentadbiran beliau sendiri. Dia adalah MB pakatan yang tidak perform namun tetap dipertahan oleh PAS pusat. Sedih...bukan senang nak menang. tapi bila menang dia tak jaga kemenangan....tolong letak jawatan dalam PAS segera!!!!!

Sunday 14 April 2013

RAKYAT DAH BOSAN DENGAN CARA UMNO

55 tahun negara kita merdeka dan berkembang menjadi sebuah negara industri .Namun sayang seribu kali sayang umno yang bermimpi terlalu lama disinggahsana kuasa menjadi terlalu angkuh.Bukan saja mereka menjadi penyamun dan perompak harta negara malah sampai ketahap memandang rakyap ibarat kucing kurap.Menyogok dan spin rakyat dengan mengunakan media arus perdana .Membawa cerita yang memalukan pembangkan,membohongi fakta,meniup perasaan perkauman bla bla...seolah2 rakyat terlalu bodoh untuk menilai.
       Bosan bosan bosan dengan BN..rakyat menunggu saat dan waktu pada 5 mei untuk tukar kerajaan dan ingin kepada Malaysia Baru yang lebih menjanjikan masa depan mereka.
    

Sunday 7 April 2013

SURAT SOKONGAN YUSOFF QARDAWI DAN RASHID GANOUSHI PADA ANWAR IBRAHIM

بسم الله الرحمن الرحيم ..PECAH BERITA si zul kulim dakwa PKR akan edar surat palsu yusoff qardawi sokong anwar. Si Zul ni dah jadi tak ketahuan hala dah,bukan dia tak tau  kata yusoff qardawi secara konsisten menyokong Anwar walau cuba disogok dengan pelbagai anugerah oleh kerajaan BN.
    Surat yang terkini dari yusoff qardawi ditujukan khas untuk president PAS/dan anwar sempat juga aku tengok.
Surat tersebut menyatakan dunia islam sedang melihat pendekatan baru yang diterajui Anwar .mengembeling parti2 yang berlainan ideologi untuk membawa episod baru pada negara malaysia.
      Terkini adalah surat dari pimpinan revolusi tunisia  Rashid ganushi,yang ni belum sempat aku tatap.Secara significantnya surat ini menjurus kepada menyeru pimpinan pakatan rakyat menyokong Anwar sebagai PM sebab surat ini diutus setelah pertemuan president PAS dengan yusoff qardawi khas  mentaklimatkan YQ siapa yang nak jadi PM.

Sunday 17 March 2013

DATO PEMBIKIN FILEM LUCAH ANWAR SEDANG MERANA TERMAKAN SUMPAH DAN SEDANG MENUNGGU PC

بسم الله الرحمن الرحيم ..Setelah bapa seypol yang tersiksa akibat sumpah dan fitnah membuat pengakuan terbuka,kini akan tiba pula giliran salah seorang dari 3 dato yang membikin filem lucah anwar sedang merana termakan sumpah,anak bini bercempera,tidor malam tak lena akibat termakan sumpah.
  Kita tunggu saat dato ni akan buat press con selepas parlimen dibubar mungkin..Umno semakin berani dan desparate hingga sanggup pula mengedar vedio lucah liwat tanpa segan silu.demikian mereka tidak akan serender selagi tidak rebah menyembah bumi..

Wednesday 13 March 2013

DOA KO UMNO NAMPAKNYA TERMAKBUL

بسم الله الرحمن الرحيم .PRU 13 sudah diambang jendela,walaubagaimana putar pun pada 21 mac 2013 ni DUN Johor akan terbubar dengan sendiri,tak kan umno nak tengok kerajaan negeri yang sudah tidak valid memerentah lagi...banyak resiko mengunakan keputusan kerajaan yang sudah lepas tarikh lupus.
     UMNO nampak nya sudah berputus asa terhadap sokongan  masyarakat Cina.Undi cina sangat2 significant dalam PRU negara .Puak mana China sokong puak tu akan membentuk kerajaan.Senjata yang   UMNO design untuk kawasan mengundi telah makan tuan.Masyarakat China telah "PACAK" umno misti dikalahkan.
      Sekarang hanya tinggal saki baki Melayu luar bandar dan felda saja yang mendokong UMNO.Itupun kalau SPIN TV 3suku termakan oleh mereka.SPIN ni menambah kebencian terhadap umno oleh mesyarakat bandar dan akan KOkan umno pada hari pengundian.Benar kata Mamat Polis yang berkawal semasa perhimpunan BERSIH terakhir kepada ku"2...3 bulan lagi kita akan dapat BOS baru..
       Ucapan TPM hari ini menuduh pembangkang merancang huruhara sangat tidak demokratik .Sebagai seorang yang nak jadi PM kununnya lepas ini, akan ditertawakan oleh rakyat dan masyarakat siber.Tok sah gempaq la muhiddin ..kami rakyat bukan bodo macam yang hampa dok sangka...

Saturday 16 February 2013

SUATU KEJUTAN BESAR AKAN BERLAKU MENJELANG PRU 13

بسم الله الرحمن الرحيم ..Membaca tajuk utama sinar kenyataan Presiden pas hari ini"PAS akan keluar pakatan jika sekiranya merugikan islam dan melayu...ucapan pre empt..tetapi jika benar sungguh akan keluar...maka bersedialah wahai orang2 PAS untuk menentukan sikap..apa yang rugi dok dalam pakatan?itu yang menjadi tanda tanya?kalau janji buku jingga semua nya untung rakyat dan negara? kalau melayu saja nak untung cina dan hindu nak biaq bagi rugi ke?

Tuesday 1 January 2013

MALAYSIA 2013

بسم الله الرحمن الرحيم ..Aku bukanlah peramal masa depan ,cuma sebagai seorang manusia biasa tentulah naluri ingin tahu tentang masa depan sentiasa tersemat di dalam hati.Bacaan suasana politik 2013 sangat menarik untuk aku buat beberapa ramalan.
     Tahun ini adalah tahun penentuan halatuju negara kerana 2013 merupakan tahun pilihan rayaumum. Aku cuba untuk buat ramalan apa yang mungkin berlaku,Kalau ramalan aku betul pun tak da hal.kalau tak betul pun tak da hal.Nama pun ramalan...2013 bukan lagi tahun untuk umno barisan nasional,ianya tahun bagi Pakatan Rakyat.Ramalan aku ni dibuat bukan pasai aku ni penyokong pakatan tetapi berdasarkan kepada alamat2 besar yang telah sedang dan terus berlaku di Malaysia dari masa ke semasa.
      Sebenarnya rakyat memang menunggu untuk buat perubahan kerana majoriti rakyat sangat tertekan oleh kos hidup dan caj bil2 yang sangat tinggi,mereka menunggu pakatan rakyat untuk menyemak semula perkara ini.Yang berhutang dengan ptptn ,yang saman terafic sampai beribu2,yang hutang bil astro,maxis,celcom,api,air.permit,yang hutang bank semuanya ternanti2 akan pentadbiran baru mengkaji semula perkara ini.Semua kapitalis ini hisap darah rakyat kerana mereka lah penyumbang utama keuwangan umno BN.Sementara itu rakyat Sabah dan Serawak telahpun menyandarkan masa depan mereka pada Anwar Ibrahim.Inilah alamat2 besar yang akan memungkinkan aku meramal ketewasan umno BN.
     Namun umnoBN tidak akan mengaku kalah begitu saja,mereka akan pertahan seperti yang PM kata ,hingga ketitisan darah terakhir..walaubagaimanapun suara rakyat mengatasi segala2nya .Siapa pun belum dapat menewaskan kuasa rakyat insyallah.Ini bukan kekuatan Pakatan rakyat atau Anwar Ibrahim,ini adalah kebangkitan rakyat..wallahuaklam