Monday 31 December 2012

Sunday 30 December 2012

World tells Assad to get out, says Erdoğan

World tells Assad to get out, says Erdoğan

بسم الله الرحمن الرحيم..Ini adalah suara sah rakyat syria dan suara sebenar ummat islam syria

Sunday 2 December 2012

Saki baki puak mubarak yang masih mendapat sokongan CNN,BBC dan Aljazeera

بسم الله الرحمن الرحيم ..Mutaakhir ini apa yang berlaku di Mesir ialah sekumpulan kecil puak2 umno Mesir masih berkumpul kunun bagi menyatakan bantahan terhadap decree Presiden Morsi terhadap badan kehakiman.Kumpulan ini mendapat dokongan kuat kumpulan media barat yang memanupulasi berita sepertimana tv3 suku melakukan terhadap pakatan rakyat di malaysia.Nampaknya barat masih sangsi tentang keupayaan para islamis membawa perubahan dan demokrasi kepada dunia.Itu tidak pelik kerana itulah hakikat golongan nasrani dan yahudi.
        Insyaalah dengan dokongan kuat dari majoriti rakyat ,Presiden morsi akan berjaya menghadapi cabaran demi cabaran seterusnya akan berjaya sepertimana rakannya Taib erdogan melakukannya di Turki.Hegemoni Barat tidak mampu melawan kehendak rakyat Mesir dan seluruh rakyat arab di timur tengah.
        Apakah perkara yang sama akan berlaku sekiranya Pakatan rakyat berjaya ke Putra Jaya?? sudah pasti berlaku,puak2 umno ni mesti buat kacau almaklum mereka ini tidak biasa dengan kekalahan apatahlagi mereka penuh dengan salutan kekotoran korapsi sudah barang tentu mereka tidak terbiasa dengan jalan hidup bersih yang baru.....

Saturday 3 November 2012

MELAYU,CINA,INDIA,KADAZAN,IBAN DAN ASSOBIAH

بسم الله الرحمن الرحيم ..Fahaman nasionalism yang membentuk negara bangsa selepas era penjajahan menjadi anutan setiap parti2 yang memperjuangkan kemerdekaan disetiap penjuru dunia,malah disempitkan lagi oleh sebahagian negara berbangsa arab kepada wilayah2 terpencil seperti asobiah mesir,turki syria,libya dan sebagainya.
       Di Turki semasa era keagongan Khilafah Othmaniah rakyat berbilang kaum seperti armenia,kurdish,yahudi hidup aman damai dan tidak merasakan apa2 penindasan terhadap satu sama lain namun selepas era kamal attaturk penganut sekular dan nasionalis turki dengan tragis mengamalkan penghapusan ethnic terhadap semua bangsa selain turkish,peristiwa ini telah menjadi beban sejarah kepada bangsa turki hingga kehari ini.
      Umno sebagai pelopor perjuangan bangsa melayu menjadi begitu dominan dalam mengendalikan negara Malaysia sehinggakan rakyat selain dari bangsa melayu berasa seperti mereka seolah2 rakyat second class walau pun telah bersetuju tentang sosial kontrak serta akur dengan perlembagaan negara.Akhirnya umno menyempitkan lagi asobiah ini dengan hanya, penyembah umno saja yang layak dilayan sebagai rakyat kelas satu,tidak akur kepada nya akan diambil tindakan yang sangat ironis seperti yang diterima oleh negeri2 yang memilih bukan umno sebagai kerajaan negeri...
     Semangat,idea,keazaman untuk berubah kepada suatu sistem yang lebih adil mula menyerap kedalam hati sanubari rakyat dan lantas pakatan rakyat menjadi champion mendukung cita2 tersebut lalu kita lihat momentum sokongan rakyat yang sangat ketara mutaakhir ini kepada mereka..sedangkan umno masih terkial2 hilang haluan lalu menjadi begitu rasis...insyaallah benih yang kamu semai kamu akan tuai selepas PRU ke 13 nanti...

Wednesday 12 September 2012

Petanda kekecewaan politik UMNO/BN

بسم الله الرحمن الرحي Mutaakhir ini kita menyaksikan tindakkan2 berunsur ganas serta tindakan lepas geram dibuat terhadap sasaran2 "soft target" pakatan rakyat terutama terhadap Anwar Ibrahim.Walaupun mereka masih lagi disingahsana Putra Jaya namun mereka kehilangan idea dan inspirasi politik untuk berhadapan dengan pakatan secara politik..tektik lapok mengunakan kuasa mahkamah dan jentera kerajaan sudah dibaca khalayak ramai.
       Perbuatan2 ala samseng seperti ganguan ceramah,baling kasut dalam masjid,menyimbah cat ke atas Bas,eksploitasi/pembohongan  mengunakan media yang meloyakan majoriti rakyat semakin menjadi2.Tindakkan2 ini dari  sudut Psywar politik sebenarnya menambah kebencian orang ramai terhadap umno/Bn  namun tetap secara konsisten diteruskan kerana mereka telah desperate sangat dengan sokongan rakyat terhadap pakatan rakyat..Lagi samseng lagi jauh rakyat dari umno/BN
     Natijah daripada tindakkan ini maka di pehak rakyat pun ada reaksinya,..kita melihat pemuda pemudi sanggup menunjukkan bendera sang saka,pijak gambar PM dan isteri...ini contoh kebencian yang sudah tidak terperi...lihat laman facebook/twitter...bagaimana penyokong2 umno/BN ni meroyan,memaki hamun tanpa fakata...kesian kamu
     Saya menjangkakan selepas ini ada lagi tindakkan yang lebih mengejutkan  akan dilakukan oleh golongan desperado ini..dan kesannya pasti positif kepada pakatan selepas PRU 13 nanti..

Monday 10 September 2012

Ber sms dengan mak cik umno felda

بسم الله الرحمن الرحيم ..Malam tadi ntah macam mana tengah dok fikir dan merenung idea nak tulis blog,satu sms sampai untuk beritahu berita kematian seorang kenalan..ianya datang dari seorang kenalan lama aku yang memang kor umno dan wanita umno felda..tapi maintain hubungan macam biasa..maka berbalas2 la sms sebab lama tak dengar berita masing2.
     Aku pun provok la sikit satu soalan.."tak dengar ke berita saham FGV merudum? dia tanya balik brapa? Tinggai rm4.68 jawab aku..dia jawab lagi..tak pa.. hutang bank felda bayar..oo pandai menjawab..aku respon lagi..apa la bangap puak felda ni..semua peneroka dapat 5 percent share saja..lagi 95 persent orang lain tibai,
 hampa dok tak pa situ juga... dia terus diam tak jawab2 lagi. Ini mengambarkan betapa masyarakat felda kor umno memang sentiasa dan senang ditipu oleh umno..

Saturday 25 August 2012

SIAPA YANG OFFER BAIK PUNYA UNTUK RAKYAT..DIA AKAN MENANG

بسم الله الرحمن الرحيم ..Setelah selesai bercuti raya serta berkenduri kendara maka rakyat kembali kepada kehidupan seperti biasa,kembali kepada rutin harian,berkerja mencari nafkah menyara keluarga,mendidik anak pinak disamping melaksanakan hobi masing2.namun mereka tetap tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi serta tekanan harga rumah sewa ,barang keperluan harian yang sky rocketing..
       Apa yang pasti mereka ramai2 sedang menanti suatu perubahan selepas parti politik mana yang akan mendapat mandat mentadbir negara selepas pilihanraya ..mereka berharap semuga kerajaan yang akan datang akan dapat selesaikan sekurang2nya 30 percent masalah yang mereka hadapi.MEREKA BENAR BENAR MENANTI PRU 13 AKAN DATANG......Siapa yang offer baik punya???..BN hanya canang janji ditepati..janji menatang apa? sebaliknya PAKATAN RAKYAT MENJANJIKAN...harga minyak turun,hutang PTPTN langsai,semua tariff yang membebankan akan dikaji semula,cik gu2 dapat tambahan elaun lima ratus,gaji minimum 1200,pendapatan isi rumah sekurang2nya 4 ribu...memang ini lah yang rakyat mau dan nanti2kan...rakyat nak kekayaan negara dikongsi bersama hatta harga kereta pun akan turun...
      Nampak nya pakatan rakyat betul betul menghayati kegelisahan hati nurani rakyat..syabas!!!

Sunday 12 August 2012

Sukan olympik dan pesta sex olympik

بسم الله الرحمن الرحيم ..Hari ini tanggal 12 ogos 2012 berakhir sudah sukan olympik London dengan acara penutup penuh gilang gemilang yang di hadiri ramai oleh pemimpin2 dunia termasuk Barak obama.Ianya  diadakan tanpa mengambil kira langsung perasaan umat islam yang berpuasa dan  menjadi ahli kepada persekutuan olypik antarabangsa .Itulah sikap golongan yang mengubah kitab Allah dan golongan musyrik,.mereka hanya tau seronok dan leka dengan keseronokkan duniawi.Disinilah kita muslim  berbeda,kita yang masih berpegang teguh dengan kitab yang ori...seperti intipati dalam surah al fatihah...jalan yang lurus, bukan jalan yang sesat yaani jalan nasoro kristian dan yahudi.
          Sebaik  sahaja selesai  maka para ahli sukan ini akan berpesta sex bebas dalam perkampungan olympik..ini didedahkan sendiri oleh para athletes dan anda boleh buat search bersepah dalam internet.Itulah manifestasi kepada peradaban barat yang tidak terikat kepada disiplin teology.Nampak macam tamaddun... tapi cukup jahiliah tahap gaban bila mana berhadapan dengan sosial dan sex . Buat ummat muhammad ..ini lah ujian akhir zaman yang perlu kita harung dengan penuh kesabaran dan ketabahan dalam mempertahankan akidah dan syariah kita....

Sunday 5 August 2012

SEBANGSA SEHATI SEJIWA

بسم الله الرحمن الرحيم ..Semalam sempat juga tengok sebelah mata pertembungan merebut emas badminton olimpik London..kebetulan pulak siaran langsung bertembung dengan solat  jemaah berterawih...mana2 hati yang lebih cenderung akan kelebihan tarawih tentu sekali akan lebih menjiwai solat sunat tersebut ...namun patriotsm rakyat malaysia cukup jelas di sini...ada yang sesetengahnya emosi dengan kekalahan chong wei..begitulah bagaimana tema hari merdeka pakatan rakyat dihayati..SEBANGSA,SEHATI SEJIWA...hebat sugguh tema pakatan...
        Tema hari kebangsaan Kerajaan JANJI DITEPATI menjadi mainan pulak oleh rakyat sehingga ada yang menukarnya menjadi janji dicapati...alahai inilah dia umno.Niat kamu tidak pernah jujur untuk rakyat..kamu hanya tahu nak kaut keuntungan politik saja..Singkat sangat pemikiran umno,dia masih dibuai mimpi bersangka bahawa rakyat masih bersamanya ...pemikiran rakyat dah jauh terkedepan ..kamu masih lagi terkial2.Rakyat memikir masa depan dan pakatan rakyat mengajak rakyat merenung masa depan..kamu pula wahai umno  mengajak rakyat bernostalgia tentang pencapaian kamu..pencapaian yang penuh dengan penyelewengan,penindasan korapsi dan politik kotor..ini persepsi majaroti rakyat dan kamu tak pernah ambil pot pun...
         Dalam tv/radio hari hari ajak rakyat kibar bendera..tapi nampak macam rakyat tak berapa layan.,.kenapa sampai jadi begini???adakah rakyat tak patriotik??? belajar lah wahai umno.....
       

Saturday 28 July 2012

PAS NAK KELUAR PAKATAN ????

بسم الله الرحمن الرحيم ..Di bulan yang mulia begini mendengar berita yang menyeramkan tubuh amat amat lah menyedihkan.Sumber berita yang belum boleh di sahihkan menyebut bahawa  seorang AJK pas pusat dari trengganu dalam perbualan telipon dengan seorang top blogger anti anwar berkata"Some of our leaders are considering a move to pull the party out of Pakatan Rakyat if DAP and PKR do not approve its plan to introduce hudud law should PR wins the next general election. On my part, I think PAS should opt out."
      Disaat saat Pakatan rakyat sedang mendapat momentum untuk untuk mengalahkan hegemoni umno.. tup tup benda macam ni kalau terjadi amatlah malang sekali.....nauzubillah...ini bukan lagi politik islam..ini politik kebodohan namanya.Aku berdoa semuga dijauhi Allah dan aku mengaggap mereka ini adalah agen umno.Orang ini juga berkata bahawa PAS mampu menang sendirian tanpa pakatan...ya ya inilah sikap yang menyebabkan trengganu kalah ...namun puak ini tetap tidak pernah sedar diri......

Sunday 22 July 2012

TERKENANG PUASA DULU DULU

بسم الله الرحمن الرحيم ..Selamat menyambut ramadan kareem pada pembaca sekelian.Semuga keberkatan nya kali ini menambah taqwa kita insyallah.Suasana menyambut puasa zaman sekarang banyak perbezaan dari dulu2,Anak2 kita mungkin terlepas nostalgia yang manis2 yang akan aku ceritakan. 
    Dulu dulu saat menjelang puasa  dah dapat dirasai seawal bulan rejab lagi.Ayah pergi kehutan bersama kawan2 mencari kayu api,.mengumpul kayu api cukup untuk bekalan  sebulan puasa,sementara emak pula siap menumbuk tepung pulut dan jawi serta mengasin kan telor itek,membuat perkasam ikan,menjeruk petai,al maklum pada masa tersebut tiada peti sejuk  untuk menyimpan makanan.Kerja2 ini dibuat bersama2 jiran.Bayangkan keakraban mereka ,pangilan mereka mengikut pangkat,yang tua di panggil abang dan kak sementara yang muda membahasakan diri mereka adik.
      Saat menunggu pengistiharan puasa oleh radio malaya ditunggu2.Namun berita tersebut akan tersebar di surau ketika mana semua orang datang untuk bersolat jamaah.Jika  diistihar puasa maka langsung diteruskan dengan solat tarawih.Dulu2 solat terawih, orang tak tahu kata bab rokaat tarawih ni khilaf,mereka cuma tahu 20 rokaat.Bacan 30 juzuk sepanjang tarawih ramazan jarang2 dibuat mungkin waktu dulu2 kurang para hafiz alquran untuk jadi imam.
      Waktu bangun sahur banyak bergantung pada gendang sahur yang dipalu untuk mengejutkan para suri rumah.Tiada jam loceng atau jam tangan kerana masyarakat ketika itu ramai yang tak mampu untuk memilikinya.Cuaca sejuk sangat mengulitkan tidur mereka.Sejuknya pada tahap beku minyak kelapa.kalau tuan2 nak rasa tuan2 boleh pergi kegenting highland dan rasa suhu di situ pada waktu subuh.Di seluruh negara suhu macam tu dulu2........bersambung 
    

Sunday 15 July 2012

MASIH ADA SEGELINTIR ORANG PAS YANG MENYOKONG REGIM BASYAR AL ASAD

بسم الله الرحمن الرحيم ..Minggu lepas sempat aku berbual dengan seorang kawan yang memang pro regim laknat basyar al asad,hujjahnya kerana Amerika nak jatuhkan Basyar.Itu saja justifikasi beliau.Justifikasi tersembunyi dia tak zahirkan.Yang tersembunyi ialah kerana Iran dan Hizbullah menyokong Basyar .Iran bukan sokong basyar kerana Amerika tetapi kerana asobiyah mazhab.
      Dalam bab kemelut di syria pandangan rasmi aku adalah berdasarkan kepada nilai2 sejagat.Pembunuhan beramai2 wanita dan kanak kanak serta seksaan keatas penentang2 politik tidak boleh diterima oleh mana2 orang bertamadun.Campor tangan Amerika adalah hal yang berbeza.Mana mungkin Iran dan hizbollah yang kokok berderai2 kunun suara Islam boleh bersekedukdukan memberi bantuan kepada silaknat basyar.
       Bagi orang PAS yang menyokong Basyar,apakah mereka tidak kenal siapa hafiz al asad,bapa kepada basyar yang telah melakukan pembunuhan 30000  penduduk HAMA sebuah bandar di Syria?Apa itu parti BAATH dokongan golongan sesat arab ni.Mungkin kamu ada pandangan lain yang berlainan dari pandangan rasmi PAS? tidak apa kita boleh berbeza pandangan namun amatlah pelik pandangan kamu kali ini senada dengan kaum etis RUSSIA DAN CINA KOMINIS..shame on you,Iran and hizbullah....

Sunday 1 July 2012

PAS JANGAN JADI SEPERTI AL ARQAM DAN TABLIGH

بسم الله الرحمن الرحيم ..Dipohon maaf sekiranya pandangan ini menyentuh hati pembaca2 pro pas,maksud saya hanya sanya untuk kebaikkan perjuangan,.Kita pernah suatu masa dulu melihat jemaah al arqam dimerata tempat dengan identiti serban dan jubah mereka,namun pada pandangan umum, ini suatu puak yang exclusive,nak kahwin,nak belajar,nak buat apa pun dengan arqam ni kena masuk jadi arqam dan pakai uniform mereka. Mereka telah buat tembok atau kota memenjarakan diri mereka dengan khalayak awam.Sebab itu outreach mereka terbatas.Begitu juga dengan Jemaah tabligh,bolehla ,nak tunjuk kekuatan sekali sekala berijtimak di sesuatu tempat namun mereka sangat jauh dihati rakyat dan orang awam.Benda yang sama berlaku juga pada JIM,suatu kelab exclusive dakwah yang tiada tempat untuk golongan kucing kurap dan golongan yang tak terpelajar.Ketiga2 kumpulan ini sangat tersendiri dan berwalak pada syura mereka sendiri..tak pa la itu lumrah berjamaah.Namun mesyarakat selalunya berpesepsi ini kumpulan yang exclusif.
      Mutaakhir ini saya berpandangan Pas mula bergerak kearah seperti mereka yang diatas,saya masih ingat kata2 almarhum mantan presiden PAS,"PAS MISTI MAINTAIN SEBAGAI GERAKKAN RAKYAT"mesti bersama rakyat dan massa.Himpunan hijau keputra jaya sebagai suatu contoh PAS mula exclusif,Ditinggalkan rakan2 mereka dalam pakatan,Apakah matlamat PAS? nak tunjuk kekuatan beruniform k?Kita tinjau balik kenapa ikhwan muslimin merosot jumlah undi dalam pemilihan presiden?walhal semasa pilihan raya parlimen mereka menguasai undi dengan peratus yang besar.Sebabnya tidak lain dan tidak bukan kerana setelah menang besar di parlimen ikhwan nampak nak monopoli semua kuasa dan institusi,lalu rakyat menjadi kecewa dengan sikap monopoli sebegini,tampak pada rakyat,ikhwan pun macam arqam juga,dok kira puak depa saja namun ikhwan cepat membaca kelemahan ini lalu Presiden Morsi keluar sebagai pemimpin untuk semua,bukan lagi pemimpin ikhwan sorang ja.
      Kesimpulannya sebagai pejuang rakyat kita jangan pisahkan diri kita dari rakyat,jangan bina tembok dengan warna dan uniform dan kelaku2 yang menyentuh hati rakyat. UMNO ni dibenci sangat kerana mereka bolot semua kepada umno hatta JKKK dilihat hanya untuk umno.orang lain boleh gigit jari....

Saturday 30 June 2012

Apa yang wajib di pelajari dari TURKEY DAN ARAB SPRINGS

بسم الله الرحمن الرحيم ..Ramai dari kita yang bergembira bila calon ikhwan mohd morsi menang dalam pilihan raya presiden.Bermula dari hari ini kita akan melihat bagaimana percaturan politik golongan islam dan demokrasi bersatu mengatur permainan.Ianya seperti mana yang berlaku pada peringkat pertama kemenangan parti REFAH pimpinan tokoh besar islam almarhum najmudin erbakan.ERBAKAN terpaksa akur dan kalah dengan percaturan tentera yang bersekongkol dengan puak sekular totok bagi menjatuhkan kerajaan pimpinannya.Bagi saya suasana nya serupa dengan apa yang berlaku di mesir sekarang ini.Apakah Morsi mampu bertahan dan dapat menjinakkan tentera pada peringkat ini?PAS kena belajar dan tahu selok belok permainan ini sedalam2nya .
          Fasa seterusnya selepas erbakan diteruskan oleh pemimpin yang sangat berbakat Taib Erdogan.Rentak permainan ditukar...ERBAKAN ditinggalkan.Erdogan meneruskan kemaraan dengan menukar cara permainan.Erdogan mebiarkan saja regim tentera terus dengan hegemony mereka,beliau tumpu kepada agenda TURKEY MENYERTAI KESATUAN EROPAH..bermulanya penukaran tektik ini sehingalah sekarang tentera berjaya dijinakkan dan diarah kembali ke berek2.mana 2 jeneral yang samseng suatu masa dulu ditangkap dan dikurung..syabas erdogan.Sekali lagi PAS kena belajar sedalam2nya..
          Pakatan rakyat sebenarnya telah pun berada pada saf dan landasan yang betul dan kukuh.berhimpun tiga kekuatan utama iaitu para islamis,demokrat,sosialis yang diwakili oelh PAS,PKR dan DAP...melayu cina india dan lain2.Kalau kesatuan kepelbagaian ini utuh UMNO BN pasti tumbang.

Tuesday 26 June 2012

BEZA ISLAMIST PRESIDEN DAN PRESIDEN ISLAM

Setelah kita dapat menyaksikan beberapa perubahan dalam kepimpinan dibeberapa buah negara di Timor tengah maka kita boleh dapat bezakan siapa islamist presiden dan dan siapa presiden islam
      Dirantau Asia tenggara kita masih lagi belum dianugerahi islamist presiden ,Susilo Bambang hanya lah seorang presiden beragama islam begitu juga Najib Razak,Terdapat perbezaan yang sangat jauh antara dua entiti ini,berbeza dari segi roh,kefahaman,falsafah,amalan,pemikiran dan berbagai lagi.Ini amat difahami oleh mereka yang membuat polisi di Amerika dan eropah...lantas selalu kita dapat saksikan sikap yang sangat prejudis oleh mereka ini terhadap golongan islamis.Mereka tau golongan ini sangat berprinsip dan berdisiplin dan sukar bagi mereka untuk mengawal(menyucuk hidung) seperti mana yang pernah mereka lakukan terhadap pimpinan yang bukan dari kalangan islamis.
       Namun Amerika dan eropah bukan lah super power yang boleh mengatur segalanya.Turki,Tunisia, Mesir merupakan negara yang berpengaruh yang boleh menjadi agen perubahan terhadap dunia islam....Apakah Anwar Ibrahim seorang Islamis,? Menyorot latar belakang beliau yang pernah menjadi presiden ABIM dan berguru dengan para islamis maka saya golongkan beliau juga seorang islamis..sekian

Wednesday 16 May 2012

Jangan lagi terpalit hanyir dan lendir BN

بسم الله الرحمن الرحيم ..Pembaca pembaca artikel saya tentunya menyedari tulisan saya sangat pro pakatan rakyat namun pada tulisan ini ingin saya mengajak pembaca sekelian berfikiran lapang sebentar dan merenung sejenak.
    Insyaalah pakatan rakyat akan ke putra jaya.Namun legasi pantadbiran umno tentunya masih menebal diseluruh sendi2 pentadbiran malah ramai rakyat jelata pun masih terlekat hanyir dan lendir kotor umno.Sifat2 elit berkuasa selalunya sama,nepotsm,kronism dan sebab itu seorang pemikir liberal lord acton pernah berkata 'power tends to corupt and absolute power corupt absolutely.'
     Tentu sekali elit baru akan terbentuk bilamana regim baru mengambil alih putra jaya,adakah sekali lagi kita rakyat  lama kelamaan akan mengalami nasib yang sama? namun kalau masih ada ikon2 seperti nik aziz , guan eng dan khalid ibrahim kita optimis dengan persembahan mereka setakat ini. Krisis yang berlaku di Kedah merupakan contoh  terbaik untuk sama2 kita fikirkan,Azizan razak, he fails to embrace pakatan idealism at the very first day being in power.akhirnya tak sampai 3 tahun kerajaan goncang dengan krisis.
     Pemusatan kuasa selalunya menjadi punca,sebab itu struktur kuasa wajib berubah,what we realy needs is to consraint power with taqwa principle and decentralise it with democratic mechanism.

Monday 14 May 2012

Kenapa Najib Masih Bacul Nak Bubar Parlimen?

بسم الله الرحمن الرحيم ..Setelah menipu diri sendiri dengan mengupah penyokong2 bodo berhimpun di stadium bukit jalil dan bercakap besaq umno masih releven ,cupppp aku nak bercuti di london pulak dah...Tentu PM ni mempunyai maklumat yang dia yakini kalau bubar juga parlimen alamat umno akan ghuyupp lebih awai.
    Dia akan spin semaunya isu2 karut marut yang mungkin akan menukar sedikit sebanyak persepsi rakyat terhadap dirinya, isterinya dan umno. Umno dah ketinggalan keretapi terlalu jauh,zaman fikiran fewdal,pemerintahan totalitarian,memperhamba sesama manusia telah lama berlalu.lanie zaman rakyat bersama2 menyertai kerajaan,participation demokrasi,good governence,ketelusan,bersih. Ikon2 ini gagal difahami atau mereka sengaja buat2 tak paham.
     Sifat regim2 berkarat ini sama saja,najib,basyar al assad, mubarak,ghadafi,ben ali,house of alsaud,mereka sedaya upaya hingga ketitisan darah terakhir akan mempertahankan kuasa mereka.Mereka akan dapat bertahan untuk seketika masa,mereka akan kalah dengan rakyat.Mereka tidak boleh cuci taik yang mereka berak. . lagi  lama lagi banyak najis yang mereka tinggalkan......

Tuesday 8 May 2012

TERIMA KASIH RAHIM NOR

بسم الله الرحمن الرحيم ..Aku bermula dengan ucapan berbanyak2 terima kasih kepada mantan ketua polis negara yang terlebih camca daripada kuah membodek umno.Terima kasih yang tak terhingga ini ku lafazkan kepadanya kerana .tumbukkannya yang menyebabkan mata lebam anwar ibrahim telah menggemparkan seluruh dunia lantas umno kalah dengan sangat terok pada PRU 1998.Tumbukkan  telah menyebabkan ramai orang melayu tersedar dari mimpi mereka .Melayu mula sedar sewaktu itu akan kebejatan pentadbiran mahadet dan kezaliman yang sanggup beliau lakukan terhadap sesiapa saja yang menentangnya.
           Buat kali kedua rahim nor sekali lagi melepas tumbukkan,namun kali ini bukan dengan tangan ,tapi dengan mulut celuparnya terhadap induvidu yang bernama Nik abd aziz.Menyusuk jantung hati rakyat yang kenal nik aziz bila rahim nor sanggup menghukum beliau "the father of all kafir" Maka dengan ini berani aku mengatakan selamat jalan  umno  yang berangan nak tawan kelantan dan selamat jalan umno yang seakan2 berjaya menarik hati beberapa kerat orang melayu yang taksub kebangsaan.
           
           

Tuesday 1 May 2012

UMNO MEMBOHONG DAN TERUS MEMBOHONG

بسم الله الرحمن الرحيم ..Pasca Bersih 3.0 menyaksikan umno terus membuat pembohongan melalui media perdana,diberi liputan besar konon keganasan peserta bersih dan kerugian para peniaga,dipotong slot berita BBC yang melaporkan secara profesional,namun umno boleh bohong untuk sesuatu masa saja ,ia tak boleh bohong pada setiap masa.
        Ketika ini satu demi satu kejadian sebenar pada hari tersebut diceritakan malah majlis peguam menimbang mengambil tindakan mahkamah diatas keganasan polis yang sangat melampau,ianya melebihi dari apa yang berlaku dalam bersih 2.0 malah sekarang POLIS di cap sebagai sayap bersenjata umno(PDRM THE ARMED DIVISION OF UMNO).Umno akan terima padahnya pada pilihanraya akan datang,Dulu boleh saja rakyat terima bulat2 pembohongan umno, sekarang rakyat akses kepada pelbagai maklumat alternatif.
        Dalam tinjauan rambang yang saya buat sehari selepas Bersih 3.0 saya dapati kebencian penyokong umno kepada Anwar Ibrahim paling memuncak,manakala kebencian rakyat pun memuncak juga ketika ini kepada umno selepas 2 3 hari semua kebenaran2 cerita bersih  3.0 tersebar..wahai umno bangkai ..kalau tutup pun berbau juga....

Wednesday 18 April 2012

Kenapa sekarang ini samseng2 di gunakan untuk menentang aspirasi rakyat

بسم الله الرحمن الرحيم ..Pakatan rakyat hanya lah wadah politik yang sah untuk mengambil bahagian dalam sistem demokrasi di malaysia.Mereka menawarkan pekej politik  untuk rakyat.,pekej asas mereka ialah kedaulatan dan ketuanan rakyat,lalu ramai kalangan rakyat jelata tertarik dengan tawaran2 ini dan mereka turut bersama2 turun padang memberi ,menyumbang apa yang mereka mampu,golongan siswa dengan darah muda sanggup turun dijalanan berkampung untuk menuntut hak2 mereka,golongan kariyawan dan artis turut ikut serta dengan cara mereka tersindiri,NGO2 pun tidak ketinggalan,para intelektual,para peguam dan hampir seluruh sendi2 masyarakat turut bersama pakatan rakyat.
        Ini sangat membimbangkan elit pemerintah khususnya umno,yang ironinya gerakan sivil ni didokong oleh semua bangsa tanpa mengira fahaman atau ras.Lalu tektik mengunakan samseng untuk menakut2kan rakyat  menjadi bahan ketawa rakyat dan menambah lagi dalam psyeche minda mereka luapan2 api kebencian.Berhentilah mengunakan tektik lapok gambar melayu ni.Inilah pemikiran umno yang sudah ketingalan keretapi...Rakyat telah jauh kedepan dan mereka masih meraba2 tercari2 dan sudah kehilanagn jatidiri...

Monday 16 April 2012

AHLI PARLIMEN BN BERHUJJAH TAHAP LAHANAT BAHAS RANG UNDANG2 GANTI ISA

بسم الله الرحمن الرحيم ..Kemarin aku ikuti perbahasan rang undang2 keselamatan langkah2 khas yang gantiISA.Punya gaban mp2 BN bahas aku tak reti bahasa nak ungkap,siap maki hamun pun ada,selalunya di parlimen ni terdiri dari orang2 yang "finest minds" la yang terpilih kat situ tapi apakan daya itu sahaja yang berbaki pada umno BN.
    Kekadang apa yang MP pakatan bahas pun mereka tak faham terutama  yang dibahas oleh yb yusmadi yusoff dari balik pulau.Dia kata lain depa paham kut lain,tahap bangang sugguh.Katak2 brahim ali,zul lebai lagi meloyakan .Bodek mereka,depa ingat umno nak ambil depa sebagai MP pula kut,sial sungguh depa ni,
   Menteri dan timbalan menteri lagi la samlau,berbahas tergagap2 pun ada.apa nak jadi ni.Kadang2 aku fikir kita hanya membuang masa saja bertungkus lumus di parlimen,umno tidak pernah mengerti pun tentang vitue dan nilai,mereka hanya faham arahan Rosmah Mansor.Mereka hanya tukang pengipas yang dibayar elaun yang tinggi. anyway the  final say is Rosmah Mansor.

Sunday 15 April 2012

Wahai Pejuang! Kita tidak lagi kesaorangan

بسم الله الرحمن الرحيم ..Mengimbau kembali sejarah perjuangn islam melalui wadah politik,dulu kita kesaorangan dalam menghadapi hegemoni umno,kesaorangan merantau seluruh cerok rantau,kota dan desa memberi penerangan dan dakwah,namun sedikit sangat yang memahami mesej kebenaran yang dibawa.Plihanraya demi pilihanraya ditandingi hasilnya tak seberapa.malah di zaman mahader para aktivis sampai dibunuh,isa perkara biasa bagi kita..
              Kata almarhum ustaz fazil noor,"kamu boleh membohongi manusia pada sesuatu masa tetapi kamu tidak dapat membohongi manusia pada sepanjang masa"Sekarang masanya pembohongan umno telah ditertawakan,sebahagian masyarakat telah sedar mereka telah dibohongi sepanjang 50 tahun,melayu,cina,india,kadazan ,iban dll bangkit bersama kita, melawan pembohongan,hatta artis sekalipun telah tidak sanggup ditipu lagi.
              PRU 13 pun mereka masih bercatur,berkilas dengan mengunakan jentera2 kerajaan dan wang ringgit untuk mengabui rakyat jelata,namun percayalah ajal mereka sudah tiba.sesaat tak undur,sesaat tak lepas.....

Tuesday 10 April 2012

NAH INI DIA PENGKHIANATAN YANG PALING LAHANAT

بسم الله الرحمن الرحيم ..

Fakta Perak
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.

22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Sunday 8 April 2012

Melayu,umno dan sejarahnya menjual negeri pada orang

بسم الله الرحمن الرحيم ..Mengikut Wan shamsudin Mohd Yusoff sejarawan dari kedah,sebermula Tanah Melayu itu dari Chumpon(kuala chupak),suatu bandar di utara  segengting kera kira kira 500 km dari bukit kayu hitam kedah.Ada lagi batu sempadan bertulis jawi( negeri kedah} kata seorang sahabat yang pernah berkunjung kesitu.Kalau kita singgah di kampung2 sepanjang jalan dari danok ke chumpon  budaya melayu masih kuat diurat nadi penduduk yang beragama Islam namun tidak tahu berbahasa melayu,mereka cakap siam dan tak tahu mereka berbangsa melayu,mereka hanya tahu mereka Thai muslim..masyallah...demikianlah bila negeri terlepas tangan, seluruh identiti dilupakan,keluar air mata darah pun negeri tak kan dilepas oleh siam.Bagi siam, ,tanah seumpama agama,sebab itulah tanah walau segenggam tak dibenar dibawa keluar oleh kerajaan siam dari negeri siam.Raja2 melayu tidak dapat mempertahankan negeri mereka pada waktu tersebut,namun sejarah menunjukkan juga, Riau dan Acheh pernah datang  untuk menyelamatkan keadaan,walaubagaimanapun kuasa kafir barat banyak menolong siam  dalam memperolehi tanah subur makmur indah anugerah ilahi kepada bangsa melayu.
         Selepas  era penjajah barat maka amanah memerintah diwakilkan pula kepada umno,umno juga perangai nya suka sedekah negeri pada orang,maka singapura yang sangat stregik disedekah pada pendatang china dan paling mutaakhir pulau batu putih,kerja2 bodo bengong ini tetap disambung oleh generasi kedua umno,sekarang dalam bentuk memberi taraf kewarga negaraan pada rakyat asing,mereka tidak pernah belajar kesilapan memberi taraf kerakyatan secara borong(jus soli) sewaktu nak mencapai kemerdekaan dulu.
        Kini cubaan menyerahkan felda kepada lintah darat bursa saham,kesian bangsa ku akan senasib dengan anak cucu kunta kinte,dijanjikan durian runtuh sebagai umpan,pada jangka panjang tanah akan jadi milik orang juga.Mereka tak ubah seperti kuli2 estet2 penjajah yang dibawa dari tamil nadu dan kerala.sekarang pun hak milik tanah mereka bukannya milik mereka penuh,ada cop felda di geran tersebut.Maka sedarlah  wahai bangsaku dari lamunan mimpi,jangan sekali lagi membuat kesilapan dalam PRU  akan datang,pilihlah calun yang akan datang asal bukan umno...sekian.

Saturday 7 April 2012

HIPOKRASI IRAN MENGENAI ISU SYRIA

بسم الله الرحمن الرحيم ..Selepas sahaja persidangan "Friends of Syrian people"tajaan Turki ,telah keluar kenyataan yang mengarut dari Iran,speaker parlimen Iran Ali Larijani mengatakan persidangan tersebut adalah persidangan the "enemies of Syrian people bertujuan hanya untuk menyogok Israel.
    Iran sesungguhnya sangat mengetahui niat dan keikhlasan turki untuk menyelesaikan krisis Syria yang rakyatnya sedang menghadapi tregedi pembunuhan beramai2 hampir setiap hari.Malah Iran turut bersekongkol dengan regim laknat Assad dengan membekalkan senjata dan kepakaran dalam merancang pembunuhan tersebut.Pada saya Iran lah musuh rakyat Syria.
     Turki telah berusaha sedaya upaya untuk mengelak tregedi ini berlaku pada saat Arab springs mula mengumtum di syria. PM taib erdogan telah menjalin hubungan baik dengan assad dengan meminta assad supaya mengadakan proses transfomasi politik di awal2 lagi sebelum arab springs merebak.
      Namun "bapa borek,anak rintik," apakan daya ,basyar tetap seperti bapanya Hafiz laknatullah yang pernah membunuh 30000 muslim sunni dikota HAMA,segala nya masih dalam ingatan rakyat Syria.
       Iran pada hakikatnya melihat konflik ini disudut mazhab syiah yang sempit..menghalalkan pembunuhan dan kezaliman semata2 mempertahankan Basyar yang syiah. Aduhai iran..sebab itu revolusi kamu tidak kemana2..malah kamu akan menjadi paria pada masyarakat dunia jika kamu terus dengan asobiah syiah kamu....Saya tak tahu bagaimana pendirian Malaysia,seperti biasa malaysia dibawah UMNO tak pernah ada apa2 pendirian,hipokrit .....hipokrit dulu kini dan selamanya


Wednesday 4 April 2012

Apakah regim tentera Burma lebih baik dari umno?

بسم الله الرحمن الرحيم ..Keputusan plihanraya Mynmar menunjukkan parti pro demokrasi Mynmar NLD menang sekurang2nya 40 kerusi dari 45 kerusi yang dipertandingkan,Tentera yang menguasai pemenrintahan selama lebih dari 50 tahun telah snggup mengadakan pilihanraya yang bebas, Aung San Suu Kyi dibenarkan berkempen di dalam TV,pembuangan dan pengiraan undi dijalankan secara telus,kita boleh bayangkan regim yang dianggap PARIAH oleh dunia pun sanggup berubah demi kepentingan negara...namun UMNO dengan pelbagai helah ,penipuan dan pembohongan terus menerus menyekat pembangkang daripada memperolehi pilihanraya bebas..Bersih 3 yang telahpun di istiharkan oleh sasterawan negara pada 28 april merupakan pada saya satu turning point kearah sistem pilihanraya bersih.
    Umno dengan segala daya upaya cuba mempertahankan sistem yang memihak kepada mereka,mereka tidak ada pilihan,terlalu banyak jenayah yang mereka lakukan dan ini mengundang bala besar sekiranya mereka kalah..Kita tidak akan berputus asa sama sekali sebagaimana SYU KYI yang dipenjarakan di dalam rumah selama 22 tahun dan bangkit mencapai kemenangan,Nelson mendela  menang sebagai presiden setelah keluar dari penjara berpuluh2 tahun..WAHAI UMNO KAMU TIDAK AKAN DAPAT MENYANGAH TAKDIR....

Saturday 31 March 2012

Selatan Thai yang terus bergolak

بسم الله الرحمن الرحيم ..Hari jumaat aku ke Hat Yai untuk tujuan shopping beberapa barangan yang jauh lebih murah daripada di malaysia. Kawasan tumpuan business di Hat yai tentunya sekitar Hotel Lee Garden Plaza,sempat aku ronda2 di situ .Parking kereta di lower ground Odean shopping komplex yang pernah diletupkan dalam siri serangan pejuang Patani. Semua soft2 target jika berlaku serangan akan mengakibatkan kematian orang awam.".sapa suruh hampa pi dok merela dah tau negeri dalam perang"
           Hari sabtu, berita menyiarkan suatu kebakaran dan letupan sekitar Lee garden Plaza,berita dari bangkok post mengesahkan ianya dari bom kereta  yang diletakkan di level2. 5 kematian dicatatkan. manakala lebih 300 cedera termasuk ramai le rakyat malaysia.Kalau ini suatu serangan oleh pejuang ,maka mereka boleh claim ini suatu kejayaan.Kesan serangan tentunya sektor pelancungan Hat Yai.
           Selatan thai akan berterusan bergolak selagi kemerdekaan tidak diberikan oleh Siam kepada orang2 melayu/islam.Islam yang menjadi kekuatan kepada pejuang patani tidak akan padam dalam sanubari mereka ..ISLAM VERSI SYUMUL INI AMAT PAYAH DI KUASAI OLEH SIAM...kecuali versi jamaah tabligh yang bolehlah kerajan siam senyum dan bermesra.
 

Tuesday 27 March 2012

ANWAR IBRAHIM SUDAH MENGISTIHARKAN PERANG

بسم الله الرحمن الرحيم ..maknanya gendang perang sudah dipalu,seluruh kekuatan,kemahiran,stretegi,logistik,tektikal dan apa apa yang perlu dalam seni peperangan sudah bermula,adakah kita sudah mendengar general general dari angkatan perang pakatan rakyat menyahut pengistaharan ini?
        Untuk mengalahkan musuh yang sudah kukuh bertapak menguasai segenap penjuru dan  ceruk rantau negara bukanlah mudah.Namun apabila rakyat bersama dengan pakatan rakyat apa saja boleh berlaku,suara rakyat tidak boleh dikalahkan oleh mana2 kuasa diatas muka bumi ini dengan izin ALLAH...
       Sekiranya kita secara all out mengembeling segala tenaga,harta,kepandaian barulah kita insyaalah akan dapat menumbangkan BN..pemimpin,pengikut mari sama2 berkorban...bukan kena hilang nyawa pun seperti rakyat syria menentang Basyar alasad,untuk kali ini kita perabih la sikit apa yang kita ada,insyaalah anak cucu kita akan terjamin masa hadapan mereka...

Sunday 25 March 2012

SIAPA BERANI SENTUH GOLONGAN KAYA RAYA

بسم الله الرحمن الرحيم ..Semua parti politik menjanjikan pengagihan kekayaan negara yang adil kepada rakyat,namun perkara ini tidak mudah untuk  dilaksanakan,namun banyak juga negara yang agak berjaya seperti di scandinavia ,UK,Germany,jepun,korea.Bagi negara negara yang kaya dengan hasil minyak kita melihat Brunai,Arab saudi,Qatar berkongsi kekayaan dengan cara mereka sendiri.
    Bagi negara2 yang bukan bergantung pada hasil minyak selalunya pengagihan kekayaan ini dibuat melalui struktur cukai dan menjana pertumbuhan ekonomi yang tinggi .Dengan pengurusan kerajaan yang baik dan telus serta memastikan tiada korapsi maka pengagihan kekayaan dapat dilaksana dengan berkesan.
    Malaysia bukan saja dianugrahi hasil minyak/gas yang banyak malah kita juga setanding dengan negara2 membangun  lain dalam bidang industri,servises,pertanian dan bermacam2 lagi.Namun UMNO/BN selama 50 tahun mentadbir gagal mengagihkan kekayaan negara,rakyat miskin nak beli rumah sendiri pun tak mampu,pelajar yang belanja ala kadar di universiti adalah satu fenomena biasa sementara yang kaya semakin kaya raya,projek2 dimonopoli oleh segelintir kroni2,ini semua telah termaklum..
    Hanya pakatan pernah menyentuh puak2 kapitalis ni dan kita harap ianya konsisten sekiranya peralihan kuasa benar2 berlaku...

Saturday 24 March 2012

Menentukan pendirian mengenai SYRIAN SPRINGS

بسم الله الرحمن الرحيم ..Pagi ini minum kopi bersama seorang sahabat penyokong kuat Iran,aku tanya pasai apa Iran menyokong kuat basyar al asad yang sangat zalim tu...dia secara simplistik menjawab sebab Amerika sokong syrian springs,aku kata tak betul pendirian macam tu,pendirian Amerika tak semestinya boleh mempengaruhi kita membuat pendirian,walau seolah2 pendirian kita seakan2 sama dengan Amerika,pendirian mengenai human rights,kezaliman,kkadang selari denagn pendirin kuasa besar tersebut,tapi dalam hal2 lain pendirian kita bertentangan dengan America seperti isu Israel,isu pengganas...
  Namun dalam bab Syria kita tak boleh kompromi denagn silaknat basyar...Ini kesilapan dasar luar Iran,ianya berbau mazhab
..betul la dakwaan sesetengah orang bahawa Iran mula menampakkan warna sebenar syiah bila berhadapan dengan isu Syria..

Thursday 22 March 2012

Punya serang anwar isu yahudi last sekali kantoi

بسم الله الرحمن الرحيم ..Setelah kantoi dengan keputusan mahkamah yang mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah,maka seluruh jentera perang UMNO dikerahkan ke gelanggang baru mungkin atas nasihat APCO,tampak pada fasa1  serangan agak meyakinkan,betapa tidak sehingga anwar terpaksa berjumpa nik aziz untuk memberi penjelasan...lumat dalam media,facebook,twiter,blog, diserang pakatan habis habisan,cyber trooper umno keluarkan habis apa saja senjata membuat serangan berani mati.Rakyat pun jadi kaku dan keliru
   TUP TUP Hadi awang tembak satu peluru"tidak haram berurusan dengan yahudi kecuali zionis"bangun ulama upahan menangkis serangan ,namun satu peluru Nik Aziz tambah memperkukuhkan serangan balas pakatan,maka paku terakhir bekas mufti perlis yang membuka sirah bahawa ada seorang isteri junjungan besar nabi saw pun seorang yahudi,tambah lagi.seorang sahabat besar nabi saw pun seorang yahudi  maka kantoi lah umno sekantoi2nya..
    Kamu merancang kejahatan tapi perancangan ALLAH adalah yang terbaik.

Tuesday 20 March 2012

INSYALLAH DOA RAKYAT KELANTAN TERMAKBUL

بسم الله الرحمن الرحيم Mungkin kita masih ingat ketika mana usaha usaha last resort kerajaan dan rakyat Kelantan mengadakan majlis sembahyang hajat tengah malam sehingga memenuhi stadium sultan mohamad,serta penghantaran rombongan berdoa di depan Kaabah dalam memomohon kepda ALLAH supaya royalti minyak yang menjadi hak mutlak dikembalikan kepada yang berhak...terkandung dalam doa tersubut agar umno dihabis riwayatkan jika mereka masih bersikap seperti sekarang..angkuh dan sombong dengan kekuasaan.
   Insyaalah doa tersebut akan termakbul,kita melihat banyak tanda2 besar akan kematian umno,dan usaha desparate umno untuk membeli rakyat dengan harga yang sangat murah akan gagal insyaalah.

Sunday 18 March 2012

Umpan BR1M rm500,termakankah kailnya

بسم الله الرحمن الرحيم ..Belum tau lagi termakan kah kail BN? namun dengan berani nya PM mengizinkan dua transaksi conglamorate dalam masa sebulan bernilai hampir sepuluh billion,semuanya melibatkan wang rakyat,wang 8 b yang dibayar kepada ananda krishnan oleh 1MDBhd syarikat milik kerajaan datang dari mana?Maju holding yang mendapat modal teroka untuk membina lebuhraya KL putra jaya{MEX} dan menjual pula kepada EPMB bernilai 1.7b,duit keuntungan transaksi ini pergi kemana dan masuk poket siapa?
  Dahsyat sungguh permainan" greed capitalist "yang bersekongkol dengan mereka yang berkuasa memanupulasi apa yang mereka anggap kebodohan mak cik2 felda yang akan terus menerus menyokong mereka....

Saturday 17 March 2012

MUSTAFA AKYOL - The rise of Islamic capitalism

MUSTAFA AKYOL - The rise of Islamic capitalism

بسم الله الرحمن الرحيم..

APCO merancang isu sokong israel

بسم الله الرحمن الرحيم ..Sewaktu berjogging bersama seorang sahabat berjawatan guru besar,dia menceritakan perihal latihan di sebuah kem dibanding bersama 100 pengetua dan guru besar ,dengan penuh kebencian dia menghentam anwar yang dianggap sebagai manusia yang menyokong kuat israel..wow berjaya  juga doktrin umno/ apco sampai kebenak hati seorang sahabat aku namun aku tak berapa heran sebab dia ni memang umno,tapi tak lah kuat sangat keumnoan dia pun...
   Isunya ialah cara umno /apco manupulate kenyataan Anwar yang loqlaq apabila diwawancara oleh wartawan,macam macam tektik saraf yang diarahkan APCO untuk membunuh kerekter ANWAR IBRAHIM.Kalau target mereka untuk swing 5 peratus undi atas pagar kepada umno berjaya dengan isu2 pembunuhan karekter ini maka setidak2nya umno masih mampu mempertahankan putra jaya.....Bagi pakatan bagaimana kita mampu swing balik 5 percent memihak kepada kita..yang ni kena sama2 fikir,Tapi kalau di Kedah ni aku nampak dah kelabu...Ayoh PAS,bangkit...jawatankuasa pemandu ni aku pun tak tahu lagi peranan mereka..tapi kalau JK ni terdiri "all the president men" hampa tunggulah PAS akan jadi macam trengganu le...

Wednesday 14 March 2012

Wang royalti minyak

بسم الله الرحمن الرحيم ..Mengikut kenyataan datuk Husam musa,sekiranya wang royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri kelantan maka wang tersebut akan dibahagikan kepada 3, 1/3 untuk belanja kepada rakyat,1/3 lagi untuk infrastruktur dan pembangunan negeri dan satu pertiga yang selebihnya adalah untuk simpanan,begitu telus dan mulus,dikabarkan dan diwar warkan.Inilah yang dikatakan ketelusan.
 Kita banding dengan BN yang tak pernah pun secara telus memberitahu kepada awam bagaimana wang minyak petronas dibelanjakan..Hak rakyat untuk tahu kemana wang ini pergi,ianya sangat banyak..triliion
  kita dapat bayangkan sekiranya wang petronas ini dibelanjakan mengikut cara yang dato husam cadang,alangkah makmurnya kita,naik lebuhraya tol free,belanja anak2 di universiti tak perlu nak ambik tau sangat,gaji tinggi,rakyat yang kurang pendapatan bulanan terima elaun direct..macam macam lagi kemudahan yang kita dapat kalau pemimpin orang2 yang beramanah..

Tuesday 13 March 2012

بسم الله الرحمن الرحيم ..Politik orang kata adalah persepsi,ini semua orang dah tahu tetapi tetap diulang ulang,Adakah kah BN mampu mengubah persepsi rakyat yang BN ini korap,pemimpin pemimpin nya penyamun,mampukah dengan projek BR1M rm 500 boleh mengubah persepsi tersebut,ini harus diketahui oleh pakar2 stretegi PAKATAN secara serius,jangan ambil mudah buat andaian kosong saja..tidak sukar untuk mendapatkan pandangan umum sekarang ni,keluarkan sedikit belanja untuk syarikat2 yang membuat polling,kita akan tahu jawapan on the spot.
   Banyak perkara telah berubah selepas PRU ke12,persepsi pun berubah,stretegi lapok BN kadang kadang masih sesuai dengan pemikiran lapok orang orang melayu yang miskin minda di luar bandar dan di felda..tambahan pula dengan kebangkrapan jentera penerangan pakatan terutama PAS KEDAH maka KEDAH tampak 50 50 untuk dipertahankan..lain negeri aku tak tahu.

Monday 12 March 2012

PENGURUSI KAWAQ

بسم الله الرحمن الرحيم ..Hari ini aku mengatahui sinarai nama nama steering komitee yang dilantik PAS pusat untuk menjadi pemantau,watch dog,penasihat bla bla..tapi yang aku rusing sangat ialah pasai apa pi lantik kawaq ni jadi  pengurusi....di kelantan dia ni dah tak laku pasai perangai kawaq la..macam mana kawaq nak pantau kedah..MB kedah tu baik sangat la ngan kawaq ni....PAS pusat tak kan tak refer langsung kat mursyidul am,atau su agong pakai kuasa dia saja list nama..mat sabu awat hang tak jerkah su agong..hang pun bukan selamat  sangat

Wednesday 7 March 2012

TIDAKKAH INI SUATU PENIPUAN MEGA TERHADAP KERAJAAN NAJIB 1 MALAYSIA?

بسم الله الرحمن الرحيم ..
Penjualan Tanjong energy holding,syarikat yang menjual tenaga elektrik kepada  TNB milik ananda krishnan bernilai rm8.5billion kepada syarikat  1malaysia develovpment berhad telah disahkan oleh ceo MDB.Pada hemat saya ananda terlah merasai bahang yang akan berlaku selepas pru13.jika sekiranya kerajaan hari ini telah berubah maka subsidi yang kini ditanggung kerajaan kepada syarikat2 pembekal tenaga akan ditarik balik serta merta..bila ini berlaku syarikat2 ini tidak lagi akan meraih keuntungan lumayan..jika transisi ini berlaku padahnya rakyat yang tanggung,1MDB adalah syarikat kerajaan yang menjadi tanggungan kepada pembayar2 cukai..

Tanda kiamat yang semakin dekat...!!



Assalamualaikum dan salam blogger.. 
 
Berbicara tentang tanda,tanda kecik kiamat,mengikut kajian ulama' terdapat lebih dari 60 tanda-tanda kiamat kecil yang dapat di ambil dari hadis Rasulullah SAW.
Disini ingin di nyatakan sebahagian sahaja dari tanda,tanda tersebut untuk renungan bersama.
1-Hamba perempuan melahirkan tuannya
Menurut perbahasan ulama"ini adalah kiasan bagi ramainya anak derhaka yang akan muncul di akhir zaman,dimana seorang anak hilang rasa hormat kepada ibunya dan melayan ibunya seolah-olah hamba.

2-Para pengembala kambing yang miskin,tidak beralaskaki dan tidak berpakaian akan menetap digedung2 tinggi(Akan muncul ramai jutawan segera)

3-Penyerahan urusan bukan kepada ahlinya.
"Apabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya,maka
tunggulah kiamat"
(Hadis riwayat Imam Bukhari)

4-Semakin berkurangnya ilmu dan munculnya kejahilan manusia
(Ini mungkin disebabkan alim ulama'yang meninggal dan tidak ada pengganti)

5-Banyak berlaku pembunuhan
(Pada zaman ini kita dapat menyaksikan semua perkara itu didepan mata-kita sendiri)

6-Orang yang minum arak tapi menamakan perbuatan tersebut bukan dengan namanya
"sebahagian orang dari umatku akan meminum khamar dan mereka akan menamakan perbuatan itu bukan dengan namanya"