بسم الله الرحمن الرحيم
..Semua parti politik menjanjikan pengagihan kekayaan negara yang adil kepada rakyat,namun perkara ini tidak mudah untuk dilaksanakan,namun banyak juga negara yang agak berjaya seperti di scandinavia ,UK,Germany,jepun,korea.Bagi negara negara yang kaya dengan hasil minyak kita melihat Brunai,Arab saudi,Qatar berkongsi kekayaan dengan cara mereka sendiri.
Bagi negara2 yang bukan bergantung pada hasil minyak selalunya pengagihan kekayaan ini dibuat melalui struktur cukai dan menjana pertumbuhan ekonomi yang tinggi .Dengan pengurusan kerajaan yang baik dan telus serta memastikan tiada korapsi maka pengagihan kekayaan dapat dilaksana dengan berkesan.
Malaysia bukan saja dianugrahi hasil minyak/gas yang banyak malah kita juga setanding dengan negara2 membangun lain dalam bidang industri,servises,pertanian dan bermacam2 lagi.Namun UMNO/BN selama 50 tahun mentadbir gagal mengagihkan kekayaan negara,rakyat miskin nak beli rumah sendiri pun tak mampu,pelajar yang belanja ala kadar di universiti adalah satu fenomena biasa sementara yang kaya semakin kaya raya,projek2 dimonopoli oleh segelintir kroni2,ini semua telah termaklum..
Hanya pakatan pernah menyentuh puak2 kapitalis ni dan kita harap ianya konsisten sekiranya peralihan kuasa benar2 berlaku...
No comments:
Post a Comment