بسم الله الرحمن الرحيم
..Mengikut Wan shamsudin Mohd Yusoff sejarawan dari kedah,sebermula Tanah Melayu itu dari Chumpon(kuala chupak),suatu bandar di utara segengting kera kira kira 500 km dari bukit kayu hitam kedah.Ada lagi batu sempadan bertulis jawi( negeri kedah} kata seorang sahabat yang pernah berkunjung kesitu.Kalau kita singgah di kampung2 sepanjang jalan dari danok ke chumpon budaya melayu masih kuat diurat nadi penduduk yang beragama Islam namun tidak tahu berbahasa melayu,mereka cakap siam dan tak tahu mereka berbangsa melayu,mereka hanya tahu mereka Thai muslim..masyallah...demikianlah bila negeri terlepas tangan, seluruh identiti dilupakan,keluar air mata darah pun negeri tak kan dilepas oleh siam.Bagi siam, ,tanah seumpama agama,sebab itulah tanah walau segenggam tak dibenar dibawa keluar oleh kerajaan siam dari negeri siam.Raja2 melayu tidak dapat mempertahankan negeri mereka pada waktu tersebut,namun sejarah menunjukkan juga, Riau dan Acheh pernah datang untuk menyelamatkan keadaan,walaubagaimanapun kuasa kafir barat banyak menolong siam dalam memperolehi tanah subur makmur indah anugerah ilahi kepada bangsa melayu.
Selepas era penjajah barat maka amanah memerintah diwakilkan pula kepada umno,umno juga perangai nya suka sedekah negeri pada orang,maka singapura yang sangat stregik disedekah pada pendatang china dan paling mutaakhir pulau batu putih,kerja2 bodo bengong ini tetap disambung oleh generasi kedua umno,sekarang dalam bentuk memberi taraf kewarga negaraan pada rakyat asing,mereka tidak pernah belajar kesilapan memberi taraf kerakyatan secara borong(jus soli) sewaktu nak mencapai kemerdekaan dulu.
Kini cubaan menyerahkan felda kepada lintah darat bursa saham,kesian bangsa ku akan senasib dengan anak cucu kunta kinte,dijanjikan durian runtuh sebagai umpan,pada jangka panjang tanah akan jadi milik orang juga.Mereka tak ubah seperti kuli2 estet2 penjajah yang dibawa dari tamil nadu dan kerala.sekarang pun hak milik tanah mereka bukannya milik mereka penuh,ada cop felda di geran tersebut.Maka sedarlah wahai bangsaku dari lamunan mimpi,jangan sekali lagi membuat kesilapan dalam PRU akan datang,pilihlah calun yang akan datang asal bukan umno...sekian.
No comments:
Post a Comment