بسم الله الرحمن الرحيم
..Fahaman nasionalism yang membentuk negara bangsa selepas era penjajahan menjadi anutan setiap parti2 yang memperjuangkan kemerdekaan disetiap penjuru dunia,malah disempitkan lagi oleh sebahagian negara berbangsa arab kepada wilayah2 terpencil seperti asobiah mesir,turki syria,libya dan sebagainya.
Di Turki semasa era keagongan Khilafah Othmaniah rakyat berbilang kaum seperti armenia,kurdish,yahudi hidup aman damai dan tidak merasakan apa2 penindasan terhadap satu sama lain namun selepas era kamal attaturk penganut sekular dan nasionalis turki dengan tragis mengamalkan penghapusan ethnic terhadap semua bangsa selain turkish,peristiwa ini telah menjadi beban sejarah kepada bangsa turki hingga kehari ini.
Umno sebagai pelopor perjuangan bangsa melayu menjadi begitu dominan dalam mengendalikan negara Malaysia sehinggakan rakyat selain dari bangsa melayu berasa seperti mereka seolah2 rakyat second class walau pun telah bersetuju tentang sosial kontrak serta akur dengan perlembagaan negara.Akhirnya umno menyempitkan lagi asobiah ini dengan hanya, penyembah umno saja yang layak dilayan sebagai rakyat kelas satu,tidak akur kepada nya akan diambil tindakan yang sangat ironis seperti yang diterima oleh negeri2 yang memilih bukan umno sebagai kerajaan negeri...
Semangat,idea,keazaman untuk berubah kepada suatu sistem yang lebih adil mula menyerap kedalam hati sanubari rakyat dan lantas pakatan rakyat menjadi champion mendukung cita2 tersebut lalu kita lihat momentum sokongan rakyat yang sangat ketara mutaakhir ini kepada mereka..sedangkan umno masih terkial2 hilang haluan lalu menjadi begitu rasis...insyaallah benih yang kamu semai kamu akan tuai selepas PRU ke 13 nanti...
No comments:
Post a Comment