Saturday 25 August 2012

SIAPA YANG OFFER BAIK PUNYA UNTUK RAKYAT..DIA AKAN MENANG

بسم الله الرحمن الرحيم ..Setelah selesai bercuti raya serta berkenduri kendara maka rakyat kembali kepada kehidupan seperti biasa,kembali kepada rutin harian,berkerja mencari nafkah menyara keluarga,mendidik anak pinak disamping melaksanakan hobi masing2.namun mereka tetap tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi serta tekanan harga rumah sewa ,barang keperluan harian yang sky rocketing..
       Apa yang pasti mereka ramai2 sedang menanti suatu perubahan selepas parti politik mana yang akan mendapat mandat mentadbir negara selepas pilihanraya ..mereka berharap semuga kerajaan yang akan datang akan dapat selesaikan sekurang2nya 30 percent masalah yang mereka hadapi.MEREKA BENAR BENAR MENANTI PRU 13 AKAN DATANG......Siapa yang offer baik punya???..BN hanya canang janji ditepati..janji menatang apa? sebaliknya PAKATAN RAKYAT MENJANJIKAN...harga minyak turun,hutang PTPTN langsai,semua tariff yang membebankan akan dikaji semula,cik gu2 dapat tambahan elaun lima ratus,gaji minimum 1200,pendapatan isi rumah sekurang2nya 4 ribu...memang ini lah yang rakyat mau dan nanti2kan...rakyat nak kekayaan negara dikongsi bersama hatta harga kereta pun akan turun...
      Nampak nya pakatan rakyat betul betul menghayati kegelisahan hati nurani rakyat..syabas!!!

Sunday 12 August 2012

Sukan olympik dan pesta sex olympik

بسم الله الرحمن الرحيم ..Hari ini tanggal 12 ogos 2012 berakhir sudah sukan olympik London dengan acara penutup penuh gilang gemilang yang di hadiri ramai oleh pemimpin2 dunia termasuk Barak obama.Ianya  diadakan tanpa mengambil kira langsung perasaan umat islam yang berpuasa dan  menjadi ahli kepada persekutuan olypik antarabangsa .Itulah sikap golongan yang mengubah kitab Allah dan golongan musyrik,.mereka hanya tau seronok dan leka dengan keseronokkan duniawi.Disinilah kita muslim  berbeda,kita yang masih berpegang teguh dengan kitab yang ori...seperti intipati dalam surah al fatihah...jalan yang lurus, bukan jalan yang sesat yaani jalan nasoro kristian dan yahudi.
          Sebaik  sahaja selesai  maka para ahli sukan ini akan berpesta sex bebas dalam perkampungan olympik..ini didedahkan sendiri oleh para athletes dan anda boleh buat search bersepah dalam internet.Itulah manifestasi kepada peradaban barat yang tidak terikat kepada disiplin teology.Nampak macam tamaddun... tapi cukup jahiliah tahap gaban bila mana berhadapan dengan sosial dan sex . Buat ummat muhammad ..ini lah ujian akhir zaman yang perlu kita harung dengan penuh kesabaran dan ketabahan dalam mempertahankan akidah dan syariah kita....

Sunday 5 August 2012

SEBANGSA SEHATI SEJIWA

بسم الله الرحمن الرحيم ..Semalam sempat juga tengok sebelah mata pertembungan merebut emas badminton olimpik London..kebetulan pulak siaran langsung bertembung dengan solat  jemaah berterawih...mana2 hati yang lebih cenderung akan kelebihan tarawih tentu sekali akan lebih menjiwai solat sunat tersebut ...namun patriotsm rakyat malaysia cukup jelas di sini...ada yang sesetengahnya emosi dengan kekalahan chong wei..begitulah bagaimana tema hari merdeka pakatan rakyat dihayati..SEBANGSA,SEHATI SEJIWA...hebat sugguh tema pakatan...
        Tema hari kebangsaan Kerajaan JANJI DITEPATI menjadi mainan pulak oleh rakyat sehingga ada yang menukarnya menjadi janji dicapati...alahai inilah dia umno.Niat kamu tidak pernah jujur untuk rakyat..kamu hanya tahu nak kaut keuntungan politik saja..Singkat sangat pemikiran umno,dia masih dibuai mimpi bersangka bahawa rakyat masih bersamanya ...pemikiran rakyat dah jauh terkedepan ..kamu masih lagi terkial2.Rakyat memikir masa depan dan pakatan rakyat mengajak rakyat merenung masa depan..kamu pula wahai umno  mengajak rakyat bernostalgia tentang pencapaian kamu..pencapaian yang penuh dengan penyelewengan,penindasan korapsi dan politik kotor..ini persepsi majaroti rakyat dan kamu tak pernah ambil pot pun...
         Dalam tv/radio hari hari ajak rakyat kibar bendera..tapi nampak macam rakyat tak berapa layan.,.kenapa sampai jadi begini???adakah rakyat tak patriotik??? belajar lah wahai umno.....