Wednesday 18 April 2012

Kenapa sekarang ini samseng2 di gunakan untuk menentang aspirasi rakyat

بسم الله الرحمن الرحيم ..Pakatan rakyat hanya lah wadah politik yang sah untuk mengambil bahagian dalam sistem demokrasi di malaysia.Mereka menawarkan pekej politik  untuk rakyat.,pekej asas mereka ialah kedaulatan dan ketuanan rakyat,lalu ramai kalangan rakyat jelata tertarik dengan tawaran2 ini dan mereka turut bersama2 turun padang memberi ,menyumbang apa yang mereka mampu,golongan siswa dengan darah muda sanggup turun dijalanan berkampung untuk menuntut hak2 mereka,golongan kariyawan dan artis turut ikut serta dengan cara mereka tersindiri,NGO2 pun tidak ketinggalan,para intelektual,para peguam dan hampir seluruh sendi2 masyarakat turut bersama pakatan rakyat.
        Ini sangat membimbangkan elit pemerintah khususnya umno,yang ironinya gerakan sivil ni didokong oleh semua bangsa tanpa mengira fahaman atau ras.Lalu tektik mengunakan samseng untuk menakut2kan rakyat  menjadi bahan ketawa rakyat dan menambah lagi dalam psyeche minda mereka luapan2 api kebencian.Berhentilah mengunakan tektik lapok gambar melayu ni.Inilah pemikiran umno yang sudah ketingalan keretapi...Rakyat telah jauh kedepan dan mereka masih meraba2 tercari2 dan sudah kehilanagn jatidiri...

Monday 16 April 2012

AHLI PARLIMEN BN BERHUJJAH TAHAP LAHANAT BAHAS RANG UNDANG2 GANTI ISA

بسم الله الرحمن الرحيم ..Kemarin aku ikuti perbahasan rang undang2 keselamatan langkah2 khas yang gantiISA.Punya gaban mp2 BN bahas aku tak reti bahasa nak ungkap,siap maki hamun pun ada,selalunya di parlimen ni terdiri dari orang2 yang "finest minds" la yang terpilih kat situ tapi apakan daya itu sahaja yang berbaki pada umno BN.
    Kekadang apa yang MP pakatan bahas pun mereka tak faham terutama  yang dibahas oleh yb yusmadi yusoff dari balik pulau.Dia kata lain depa paham kut lain,tahap bangang sugguh.Katak2 brahim ali,zul lebai lagi meloyakan .Bodek mereka,depa ingat umno nak ambil depa sebagai MP pula kut,sial sungguh depa ni,
   Menteri dan timbalan menteri lagi la samlau,berbahas tergagap2 pun ada.apa nak jadi ni.Kadang2 aku fikir kita hanya membuang masa saja bertungkus lumus di parlimen,umno tidak pernah mengerti pun tentang vitue dan nilai,mereka hanya faham arahan Rosmah Mansor.Mereka hanya tukang pengipas yang dibayar elaun yang tinggi. anyway the  final say is Rosmah Mansor.

Sunday 15 April 2012

Wahai Pejuang! Kita tidak lagi kesaorangan

بسم الله الرحمن الرحيم ..Mengimbau kembali sejarah perjuangn islam melalui wadah politik,dulu kita kesaorangan dalam menghadapi hegemoni umno,kesaorangan merantau seluruh cerok rantau,kota dan desa memberi penerangan dan dakwah,namun sedikit sangat yang memahami mesej kebenaran yang dibawa.Plihanraya demi pilihanraya ditandingi hasilnya tak seberapa.malah di zaman mahader para aktivis sampai dibunuh,isa perkara biasa bagi kita..
              Kata almarhum ustaz fazil noor,"kamu boleh membohongi manusia pada sesuatu masa tetapi kamu tidak dapat membohongi manusia pada sepanjang masa"Sekarang masanya pembohongan umno telah ditertawakan,sebahagian masyarakat telah sedar mereka telah dibohongi sepanjang 50 tahun,melayu,cina,india,kadazan ,iban dll bangkit bersama kita, melawan pembohongan,hatta artis sekalipun telah tidak sanggup ditipu lagi.
              PRU 13 pun mereka masih bercatur,berkilas dengan mengunakan jentera2 kerajaan dan wang ringgit untuk mengabui rakyat jelata,namun percayalah ajal mereka sudah tiba.sesaat tak undur,sesaat tak lepas.....

Tuesday 10 April 2012

NAH INI DIA PENGKHIANATAN YANG PALING LAHANAT

بسم الله الرحمن الرحيم ..

Fakta Perak
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.

22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Sunday 8 April 2012

Melayu,umno dan sejarahnya menjual negeri pada orang

بسم الله الرحمن الرحيم ..Mengikut Wan shamsudin Mohd Yusoff sejarawan dari kedah,sebermula Tanah Melayu itu dari Chumpon(kuala chupak),suatu bandar di utara  segengting kera kira kira 500 km dari bukit kayu hitam kedah.Ada lagi batu sempadan bertulis jawi( negeri kedah} kata seorang sahabat yang pernah berkunjung kesitu.Kalau kita singgah di kampung2 sepanjang jalan dari danok ke chumpon  budaya melayu masih kuat diurat nadi penduduk yang beragama Islam namun tidak tahu berbahasa melayu,mereka cakap siam dan tak tahu mereka berbangsa melayu,mereka hanya tahu mereka Thai muslim..masyallah...demikianlah bila negeri terlepas tangan, seluruh identiti dilupakan,keluar air mata darah pun negeri tak kan dilepas oleh siam.Bagi siam, ,tanah seumpama agama,sebab itulah tanah walau segenggam tak dibenar dibawa keluar oleh kerajaan siam dari negeri siam.Raja2 melayu tidak dapat mempertahankan negeri mereka pada waktu tersebut,namun sejarah menunjukkan juga, Riau dan Acheh pernah datang  untuk menyelamatkan keadaan,walaubagaimanapun kuasa kafir barat banyak menolong siam  dalam memperolehi tanah subur makmur indah anugerah ilahi kepada bangsa melayu.
         Selepas  era penjajah barat maka amanah memerintah diwakilkan pula kepada umno,umno juga perangai nya suka sedekah negeri pada orang,maka singapura yang sangat stregik disedekah pada pendatang china dan paling mutaakhir pulau batu putih,kerja2 bodo bengong ini tetap disambung oleh generasi kedua umno,sekarang dalam bentuk memberi taraf kewarga negaraan pada rakyat asing,mereka tidak pernah belajar kesilapan memberi taraf kerakyatan secara borong(jus soli) sewaktu nak mencapai kemerdekaan dulu.
        Kini cubaan menyerahkan felda kepada lintah darat bursa saham,kesian bangsa ku akan senasib dengan anak cucu kunta kinte,dijanjikan durian runtuh sebagai umpan,pada jangka panjang tanah akan jadi milik orang juga.Mereka tak ubah seperti kuli2 estet2 penjajah yang dibawa dari tamil nadu dan kerala.sekarang pun hak milik tanah mereka bukannya milik mereka penuh,ada cop felda di geran tersebut.Maka sedarlah  wahai bangsaku dari lamunan mimpi,jangan sekali lagi membuat kesilapan dalam PRU  akan datang,pilihlah calun yang akan datang asal bukan umno...sekian.

Saturday 7 April 2012

HIPOKRASI IRAN MENGENAI ISU SYRIA

بسم الله الرحمن الرحيم ..Selepas sahaja persidangan "Friends of Syrian people"tajaan Turki ,telah keluar kenyataan yang mengarut dari Iran,speaker parlimen Iran Ali Larijani mengatakan persidangan tersebut adalah persidangan the "enemies of Syrian people bertujuan hanya untuk menyogok Israel.
    Iran sesungguhnya sangat mengetahui niat dan keikhlasan turki untuk menyelesaikan krisis Syria yang rakyatnya sedang menghadapi tregedi pembunuhan beramai2 hampir setiap hari.Malah Iran turut bersekongkol dengan regim laknat Assad dengan membekalkan senjata dan kepakaran dalam merancang pembunuhan tersebut.Pada saya Iran lah musuh rakyat Syria.
     Turki telah berusaha sedaya upaya untuk mengelak tregedi ini berlaku pada saat Arab springs mula mengumtum di syria. PM taib erdogan telah menjalin hubungan baik dengan assad dengan meminta assad supaya mengadakan proses transfomasi politik di awal2 lagi sebelum arab springs merebak.
      Namun "bapa borek,anak rintik," apakan daya ,basyar tetap seperti bapanya Hafiz laknatullah yang pernah membunuh 30000 muslim sunni dikota HAMA,segala nya masih dalam ingatan rakyat Syria.
       Iran pada hakikatnya melihat konflik ini disudut mazhab syiah yang sempit..menghalalkan pembunuhan dan kezaliman semata2 mempertahankan Basyar yang syiah. Aduhai iran..sebab itu revolusi kamu tidak kemana2..malah kamu akan menjadi paria pada masyarakat dunia jika kamu terus dengan asobiah syiah kamu....Saya tak tahu bagaimana pendirian Malaysia,seperti biasa malaysia dibawah UMNO tak pernah ada apa2 pendirian,hipokrit .....hipokrit dulu kini dan selamanya


Wednesday 4 April 2012

Apakah regim tentera Burma lebih baik dari umno?

بسم الله الرحمن الرحيم ..Keputusan plihanraya Mynmar menunjukkan parti pro demokrasi Mynmar NLD menang sekurang2nya 40 kerusi dari 45 kerusi yang dipertandingkan,Tentera yang menguasai pemenrintahan selama lebih dari 50 tahun telah snggup mengadakan pilihanraya yang bebas, Aung San Suu Kyi dibenarkan berkempen di dalam TV,pembuangan dan pengiraan undi dijalankan secara telus,kita boleh bayangkan regim yang dianggap PARIAH oleh dunia pun sanggup berubah demi kepentingan negara...namun UMNO dengan pelbagai helah ,penipuan dan pembohongan terus menerus menyekat pembangkang daripada memperolehi pilihanraya bebas..Bersih 3 yang telahpun di istiharkan oleh sasterawan negara pada 28 april merupakan pada saya satu turning point kearah sistem pilihanraya bersih.
    Umno dengan segala daya upaya cuba mempertahankan sistem yang memihak kepada mereka,mereka tidak ada pilihan,terlalu banyak jenayah yang mereka lakukan dan ini mengundang bala besar sekiranya mereka kalah..Kita tidak akan berputus asa sama sekali sebagaimana SYU KYI yang dipenjarakan di dalam rumah selama 22 tahun dan bangkit mencapai kemenangan,Nelson mendela  menang sebagai presiden setelah keluar dari penjara berpuluh2 tahun..WAHAI UMNO KAMU TIDAK AKAN DAPAT MENYANGAH TAKDIR....