Tuesday, 1 January 2013

MALAYSIA 2013

بسم الله الرحمن الرحيم ..Aku bukanlah peramal masa depan ,cuma sebagai seorang manusia biasa tentulah naluri ingin tahu tentang masa depan sentiasa tersemat di dalam hati.Bacaan suasana politik 2013 sangat menarik untuk aku buat beberapa ramalan.
     Tahun ini adalah tahun penentuan halatuju negara kerana 2013 merupakan tahun pilihan rayaumum. Aku cuba untuk buat ramalan apa yang mungkin berlaku,Kalau ramalan aku betul pun tak da hal.kalau tak betul pun tak da hal.Nama pun ramalan...2013 bukan lagi tahun untuk umno barisan nasional,ianya tahun bagi Pakatan Rakyat.Ramalan aku ni dibuat bukan pasai aku ni penyokong pakatan tetapi berdasarkan kepada alamat2 besar yang telah sedang dan terus berlaku di Malaysia dari masa ke semasa.
      Sebenarnya rakyat memang menunggu untuk buat perubahan kerana majoriti rakyat sangat tertekan oleh kos hidup dan caj bil2 yang sangat tinggi,mereka menunggu pakatan rakyat untuk menyemak semula perkara ini.Yang berhutang dengan ptptn ,yang saman terafic sampai beribu2,yang hutang bil astro,maxis,celcom,api,air.permit,yang hutang bank semuanya ternanti2 akan pentadbiran baru mengkaji semula perkara ini.Semua kapitalis ini hisap darah rakyat kerana mereka lah penyumbang utama keuwangan umno BN.Sementara itu rakyat Sabah dan Serawak telahpun menyandarkan masa depan mereka pada Anwar Ibrahim.Inilah alamat2 besar yang akan memungkinkan aku meramal ketewasan umno BN.
     Namun umnoBN tidak akan mengaku kalah begitu saja,mereka akan pertahan seperti yang PM kata ,hingga ketitisan darah terakhir..walaubagaimanapun suara rakyat mengatasi segala2nya .Siapa pun belum dapat menewaskan kuasa rakyat insyallah.Ini bukan kekuatan Pakatan rakyat atau Anwar Ibrahim,ini adalah kebangkitan rakyat..wallahuaklam

Monday, 31 December 2012

Sunday, 30 December 2012

World tells Assad to get out, says Erdoğan

World tells Assad to get out, says Erdoğan

بسم الله الرحمن الرحيم..Ini adalah suara sah rakyat syria dan suara sebenar ummat islam syria

Sunday, 2 December 2012

Saki baki puak mubarak yang masih mendapat sokongan CNN,BBC dan Aljazeera

بسم الله الرحمن الرحيم ..Mutaakhir ini apa yang berlaku di Mesir ialah sekumpulan kecil puak2 umno Mesir masih berkumpul kunun bagi menyatakan bantahan terhadap decree Presiden Morsi terhadap badan kehakiman.Kumpulan ini mendapat dokongan kuat kumpulan media barat yang memanupulasi berita sepertimana tv3 suku melakukan terhadap pakatan rakyat di malaysia.Nampaknya barat masih sangsi tentang keupayaan para islamis membawa perubahan dan demokrasi kepada dunia.Itu tidak pelik kerana itulah hakikat golongan nasrani dan yahudi.
        Insyaalah dengan dokongan kuat dari majoriti rakyat ,Presiden morsi akan berjaya menghadapi cabaran demi cabaran seterusnya akan berjaya sepertimana rakannya Taib erdogan melakukannya di Turki.Hegemoni Barat tidak mampu melawan kehendak rakyat Mesir dan seluruh rakyat arab di timur tengah.
        Apakah perkara yang sama akan berlaku sekiranya Pakatan rakyat berjaya ke Putra Jaya?? sudah pasti berlaku,puak2 umno ni mesti buat kacau almaklum mereka ini tidak biasa dengan kekalahan apatahlagi mereka penuh dengan salutan kekotoran korapsi sudah barang tentu mereka tidak terbiasa dengan jalan hidup bersih yang baru.....

Saturday, 3 November 2012

MELAYU,CINA,INDIA,KADAZAN,IBAN DAN ASSOBIAH

بسم الله الرحمن الرحيم ..Fahaman nasionalism yang membentuk negara bangsa selepas era penjajahan menjadi anutan setiap parti2 yang memperjuangkan kemerdekaan disetiap penjuru dunia,malah disempitkan lagi oleh sebahagian negara berbangsa arab kepada wilayah2 terpencil seperti asobiah mesir,turki syria,libya dan sebagainya.
       Di Turki semasa era keagongan Khilafah Othmaniah rakyat berbilang kaum seperti armenia,kurdish,yahudi hidup aman damai dan tidak merasakan apa2 penindasan terhadap satu sama lain namun selepas era kamal attaturk penganut sekular dan nasionalis turki dengan tragis mengamalkan penghapusan ethnic terhadap semua bangsa selain turkish,peristiwa ini telah menjadi beban sejarah kepada bangsa turki hingga kehari ini.
      Umno sebagai pelopor perjuangan bangsa melayu menjadi begitu dominan dalam mengendalikan negara Malaysia sehinggakan rakyat selain dari bangsa melayu berasa seperti mereka seolah2 rakyat second class walau pun telah bersetuju tentang sosial kontrak serta akur dengan perlembagaan negara.Akhirnya umno menyempitkan lagi asobiah ini dengan hanya, penyembah umno saja yang layak dilayan sebagai rakyat kelas satu,tidak akur kepada nya akan diambil tindakan yang sangat ironis seperti yang diterima oleh negeri2 yang memilih bukan umno sebagai kerajaan negeri...
     Semangat,idea,keazaman untuk berubah kepada suatu sistem yang lebih adil mula menyerap kedalam hati sanubari rakyat dan lantas pakatan rakyat menjadi champion mendukung cita2 tersebut lalu kita lihat momentum sokongan rakyat yang sangat ketara mutaakhir ini kepada mereka..sedangkan umno masih terkial2 hilang haluan lalu menjadi begitu rasis...insyaallah benih yang kamu semai kamu akan tuai selepas PRU ke 13 nanti...